• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Maut Dipatuk Ular Ketika Tidur

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALANG menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang meninggal dunia selepas dipatuk oleh seekor ular tedung ketika sedang tidur di rumahnya di Thailand.

Ketika kejadian, Prapawee Prawat tidur di atas tilam yang dibentangkan di atas lantai simen di rumahnya di Surat Thani pada pukul 7.30 malam.

Kematiannya hanya disedari oleh keluarganya pada keesokan pagi. Dia dipatuk di jari memandangkan hanya bahagian berkenaan tidak ditutup dengan selimut.

Ketika pihak polis dan paramedik tiba di tempat kejadian, mereka melihat ada kesan merah pada jarinya.

Sementara ular itu ditemui masih berada di bawah tilam. Ia dipukul sampai mati oleh penduduk di situ.

“Saya masuk ke biliknya kerana mahu mengejutkan dia bangun untuk ke sekolah. Dia tidak bernafas atau bergerak menyebabkan saya terpaksa panggil bantuan.

“Dia tinggal dengan saya selepas ibu bapanya bercerai. Saya sangat sedih, dia sangat muda, sepatutnya saya yang berada di tempatnya,’’ kata neneknya yang sangat sedih dengan kematian cucunya itu.

Dalam pada itu, polis memaklumkan kanak-kanak berkenaan telah meninggal dunia lapan jam sebelum mayatnya ditemui. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kanak-kanakThailandular
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.