HEBOH sejak semalam kononnya menerusi akaun Whatsapp Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, beliau telah memaklumkan bahawa pembayaran wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah dilakukan.
Sebaran maklumat dan gambar palsu terutama menerusi Facebook dan Whatsapp ini telah membuatkan orang ramai mula membanjiri bank untuk membuat semakan kemasukan wang tersebut.
Bagaimanapun menurut Sumber dari Pejabat Perdana Menteri, berita tersebut adalah palsu malah Perdana Menteri tiada akaun Whatsapp.
Diminta agar pihak SKMM menyiasat hal ini dengan segera kerana sebaran palsu ini ternyata fitnah yang boleh merosakkan nama kerajaan. –MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=HGdgXAgQ3Og
Oleh: hzqahmd

