• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bawa Pemetik Api Bom Tangan Ditahan Di Miri

oleh Ahmad Albab
04/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dari Limbang kerana memiliki pemetik api menyerupai bom tangan pukul 8.20 malam di Lapangan Terbang Miri pada Selasa lepas.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata suspek yang bekerja di Johor Bahru ditahan di balai berlepas Lapangan Terbang Miri ketika pemeriksaan bagasi tangan dilakukan ke atas beg pinggang suspek.

“Polis Bantuan yang melakukan pemeriksaan mengarahkan suspek membuka beg itu dan mendapati satu objek menyerupai bom tangan. Apabila ditanya, suspek menjawab ia adalah pemetik api,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Lim berkata ketika ditahan, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hendak menaiki penerbangan ke Johor Bahru dari Miri, mendakwa pemetik api tersebut dibeli di Johor Bahru.

Terdahulu Lim menyaksikan serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Miri yang baharu iaitu Supt Mohamad Hafipi Mohd Salim, sebelum ini Ketua Polis Meradong, menggantikan ACP Stanley Johnathan Ringit yang dinaikkan pangkat menjadi Ketua Polis Daerah Sibu yang baharu. – BERNAMA

Tags: Pemetik Api
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangan Tersangkut Dalam Jamban Kerana Pemetik Api

02/07/2017
0

NASIB malang bagi seorang lelaki berusia 42 tahun apabila tangan kanannya tersangkut di dalam lubang tandas di Taman Seri Kemuning, Temerloh,...

Video: Padah ‘Suluh’ Tangki Minyak Punya Pasal…

03/05/2017
0

GARA-GARA pemetik api, seorang lelaki belajar 'cara susah' mengapa sumber api dilarang digunakan di stesen minyak atau berhampiran dengan bahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd