• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencuri Temui Ajal Ketika Pecah Masuk Rumah

oleh Ahmad Albab
04/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Malang bagi bagi seorang pencuri apabila terbunuh selepas bergelut dengan pemilik rumah yang dimasukinya di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais berkata suspek lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan mati dalam keadaan terbaring dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan berpunca daripada pisau yang ditemui di tempat kejadian.

“Kejadian itu dipercayai berlaku apabila suspek dan mangsa yang juga berusia 32 tahun bergelut sehingga menyebabkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan. Bagaimanapun, mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah,” kata beliau dalam kenyataan di sini malam tadi.

Pada kejadian kira-kira 2.45 petang itu, suspek dipercayai memasuki rumah berkenaan melalui tingkap tandas belakang bersebelahan dapur sebelum bertindak memecahkan pintu bilik utama.

Mangsa yang berada di rumah ketika itu, kemudiannya diugut menggunakan pemutar skru untuk menyerahkan barangan berharga selain bertindak menggeledah bilik kedua dan ketiga rumah.

Shahurinain berkata suspek kemudiannya memaksa mangsa untuk membuka pintu dapur untuk melarikan diri namun mangsa berjaya mencapai sebilah pisau pemotong sayur berukuran 22 sentimeter.

“Dia mengarahkan suspek untuk memulangkan semula barangan miliknya tetapi suspek enggan sehingga menyebabkan berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka,” kata beliau.

Hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai 14 rekod jenayah lampau termasuk kes dadah.

Polis turut menemukan dompet, wang tunai berjumlah RM730, cincin emas dan telefon bimbit jenis Motorola dalam kocek seluar suspek.

Mayat suspek dibawa ke Hospital Sultan Ismail di sini bagi proses bedah siasat hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: pencuri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial apabila beberapa wanita dipercayai tetamu sebuah majlis dilihat ‘merembat’ bunga hiasan yang sepatutnya...

Pencuri Tabung Derma Ditahan Di Perkarangan Masjid

Pencuri Tabung Derma Ditahan Di Perkarangan Masjid

09/06/2023
0

SUNGAI BESAR : Pura-pura menunaikan solat sebelum melarikan wang tabung derma masjid dan surau di sekitar daerah Sabah Bernam di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd