• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Perempuan Melecur Disimbah Air Panas

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun melecur di pahanya dipercayai tersimbah air panas oleh seorang yang dipercayai teman lelaki kepada ibu kanak-kanak itu.

Kejadian tersebut berlaku apabila lelaki berusia 50 tahun yang tidak bekerja itu bertengkar dengan ibu mangsa yang berusia 31 tahun di bilik sewa mereka yang terletak di Jalan Oya di sini pada kira-kira 10 malam tadi.

Kes itu dilaporkan oleh pihak Hospital Sibu pada 3.25 pagi hari ini setelah mendapati terdapat unsur-unsur penderaan terhadap kanak-kanak itu ketika dibawa ke Unit Kemalangan dan Trauma hospital itu.

Bertindak di atas laporan itu, sepasukan polis telah menahan suspek di bilik sewa itu pada kira-kira 1.30 tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit mengesahkan kejadian dan tangkapan tersebut.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek telah secara tidak sengaja menyimbah air panas ke paha kanak-kanak tersebut menyebabkan lecur lima peratus di bahagian paha kiri dan satu peratus di bahagian paha kanannya.

“Berikutan itu, ibu mangsa membawa mangsa keluar dari bilik itu ke sebuah kedai kopi berdekatan. Mangsa dan ibunya kemudian dibawa oleh ambulans yang dihubungi oleh orang ramai di situ,” katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera. – BERNAMA

Tags: kanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd