• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Izreen Nafi Keretanya Dicat ‘Perampas Laki Orang’

oleh
04/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANAS… Laman sosial tempatan kecoh apabila foto sebuah kereta didakwa milik aktres, Izreen Azminda yang disembur cat dengan tulisan ‘Perampas Laki Orang’, menjadi tular sejak pagi Rabu.

Bagaimanapun, BH Online yang menghubungi pelakon wanita berkenaan atau nama penuhnya, Izreen Azminda Aznam, 32, menafikan dakwaan kereta terbabit adalah milik beliau.

“Eh, bukan kereta sayalah. Saya sedang berada di set penggambaran projek drama terbaharu arahan Ziela Jalil, Geng Tadarus Untuk Ramadan yang bakal disiarkan stesen RTM,” katanya.

Ditanya ramai menyangka kereta terbabit miliknya, Izreen yang baru-baru ini dihambat kontroversi selepas menjadi isteri kedua seorang pemuzik, memberitahu beliau sudah lali dengan tuduhan melulu masyarakat.

“Biarlah apa orang hendak kata atau fikir… Janji hidup saya tetap okay. Seandainya, terjadi pada diri saya sekalipun, negara kita pun masih lagi ada undang-undang,” katanya dengan nada tenang.

Sebelum ini, Izreen menjadi perhatian ramai apabila Intan Liana Saleh, 32, yang juga isteri pertama suami aktres itu, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude membuat pengakuan rela hidup bermadu dengan pelakon itu.

Izreen dan Ude, 29, yang juga pemuzik bebas, melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya, Selangor berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: izreen azminda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen ‘Fed Up’ Izreen Tidak Jaga Hati Bekas Madu

24/06/2018
0

NAMA, Izreen Azminda mula menjadi sebutan ramai selepas berita perkahwinannya dengan ahli muzik, Ude yang sudah beristeri dan mempunyai dua...

“Sambutan Masih Sama Cuma Tiada Lagi Suami Di Sisi”

24/05/2018
0

RAMADAN kali ini diselami dengan pengalaman cukup berbeza buat bekas isteri pertama kepada pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd