• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengeluar Tembikai Susu Sasar 9 Tan Metrik Sebulan

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Pengeluar tunggal buah tembikai susu variasi Apollo Gold Melon di wilayah utara, Ladang Rimbunan Kasih Bandar Baharu di sini menyasarkan pengeluaran buah tersebut sebanyak sembilan tan metrik tahun ini.

Pengurus Ladangnya, Ahmad Rusdan Ahmad Zohdi berkata, jumlah itu berdasarkan perancangan penggunaan semua 24 rumah hijau miliknya.

“Dulu, kita hanya guna sebahagian rumah hijau dan kemahiran pekerja di sini masih di peringkat awal.

“Kini mereka sudah mahir dan dengan beberapa aspek di ladang ini yang telah dipertingkatkan, kita yakin pengeluaran dapat digandakan tanpa menjejaskan kualiti buah,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini

Menurut beliau, untuk mencapai sasaran tersebut, pengeluaran akan dilakukan seminggu sekali melalui dua rumah hijau di mana setiap satu rumah tersebut mempunyai 2,000 pokok.

“Kita yakin, dengan sistem saliran air dan baja yang baik serta kawalan serangga yang dilakukan, sasaran menggandakan pengeluaran akan dapat dicapai,” katanya.

Ahmad Rusdan berkata, tuaian pertama tahun ini adalah pada April dan percaya sasaran itu akan dapat dicapai pada tuaian pertama tersebut.

Tambahnya, sejak ladang itu dibuka pada Jun 2016, pihaknya berjaya menghasilkan satu setengah tan atau bersamaan 1,500 kilogram bagi satu rumah hijau.

“Ia bersaman 45 kali tuaian sepanjang 18 bulan dan ia masih tidak cukup untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan,” katanya.

Harga pasaran bagi buah tersebut adalah sekitar RM10 hingga RM12 sekilogram.

Sementara itu, Eksekutif Ladang, Ahmad Suhaimi Mohamad berkata, jumlah peserta yang bertambah juga membantu meningkatkan pengeluaran.

“Kini kita mempunyai 68 peserta di mana mereka dilatih secara intensif untuk menguruskan ladang ini termasuk penanaman, pembenihan dan kawalan serangga.

“Kemajuan yang ditunjukkan sangat positif walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang pertanian moden sebegini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tembikai Susu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd