• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Umrah Perlu Ambil Langkah Elak Penyakit Berjangkit

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menasihatkan agar rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah umrah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kemungkinan penyakit berjangkit.

Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata jemaah umrah juga perlu lebih peka terhadap maklumat yang dikeluarkan oleh pihak berkaitan dan semua langkah itu perlu diambil agar mereka tidak mendatangkan risiko kesihatan terhadap jemaah lain.

“Kita pun tak boleh menjangkakan sebarang kemungkinan yang mana kadang kala kita rasa mungkin tidak merebak (penyakit) tetapi sebaliknya yang terjadi.

Justeru, saya berharap agar semua jemaah lebih berwasapda selain lebih peka terhadap pengumuman yang dibuat oleh pihak berkuasa kementerian dan berkaitan sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih Cawangan UMNO Ayer Limau, Masjid Tanah di sini.

Bernama pada Isnin lepas melaporkan seorang lelaki disahkan dijangkiti penyakit Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) selepas pulang daripada mengerjakan umrah.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan sedang menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan, termasuk pengesanan serta pemantauan ke atas kenalan rapat kepada pesakit seperti ahli keluarga, jemaah umrah dalam kumpulan yang sama, anggota kesihatan di fasiliti kesihatan yang merawat serta kontak rapat dalam pesawat yang dinaiki oleh pesakit.

Pada program itu, Mas Ermieyati meluangkan masa kira-kira dua jam untuk menziarahi enam buah rumah dalam kalangan golongan kurang berkemampuan di kawasan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO berkata Puteri UMNO bersedia untuk menghantar sukarelawan ke Pantai Timur bagi membantu penduduk yang terjejas akibat banjir melalui Program Puteri Peduli. – BERNAMA

Tags: Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mas Ermieyati Umum Sertai Bersatu

13/12/2018
0

MELAKA - Anggota Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO hari ini mengumumkan...

Kerajaan Disaran Tambah Bilangan Pakar Psikiatri

26/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang Anggota Parlimen Bebas mencadangkan agar kerajaan menambah bilangan pakar psikiatri dalam usaha menangani masalah kemurungan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd