• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Masih Destinasi Pelancongan Selamat

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini memberi jaminan bahawa Malaysia masih menjadi destinasi selamat kepada pelancong dan terkawal daripada ancaman serangan pengganas.

Beliau berkata selain daripada kecekapan pihak berkuasa tempatan untuk menangani segala situasi ancaman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sentiasa menjalinkan kerjasama dengan agensi keselamatan luar negara bagi menghadapi sebarang ancaman pengganas di negara ini.

”Buat masa ini saya beri jaminan tindakan pencegahan berterusan sentiasa diambil polis untuk mengekang sebarang serangan pengganas,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohamad Fuzi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa Malaysia tersenarai sebagai antara negara yang berisiko berlakunya ancaman serangan pengganas.

Semalam, media tempatan melaporkan Malaysia tersenarai sebagai antara negara yang berisiko berlaku serangan pengganas oleh Kementerian Luar United Kingdom.

Menurut laporan itu, Pejabat Luar dan Komanwel (FCO) menasihatkan agar rakyatnya (UK) mengelak daripada berkunjung ke kawasan pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau, termasuk Lankayan, Mabul, Pom Pom, Kapalai, Litigan, Sipadan dan Mataking.

Mohamad Fuzi berkata kerjasama dengan pihak berkuasa asing terjalin rapat khususnya menerusi perkongsian maklumat bagi membolehkan pemantauan terhadap segala bentuk aktiviti keganasan dibuat secara lebih efektif.

“Contohnya di Sabah, polis bekerjasama dengan agensi keselamatan Indonesia untuk mengekang kemasukan kumpulan Abu Sayyaf atau elemen Daesh ke negara ini.

“Tangkapan berterusan sentiasa dilakukan dan ini membuktikan polis serius dalam menangani ancaman keganasan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, tindakan menyenaraikan Malaysia sebagai negara berisiko berlaku serangan pengganas adalah tidak wajar tanpa mendapatkan maklumat sebenar situasi daripada pihak berkuasa negara ini.

Katanya, laporan itu tanpa semena-mena hanya akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelancong.

“Sepatutnya mereka rujuk kepada PDRM terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pelancongan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

29/06/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd