• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Q’Fish Di Terengganu Meningkat 50%

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebanyak lapan tan stok ikan Q’Fish telah terjual di Terengganu sejak musim tengkujuh melanda negeri itu bermula November lalu.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu, Mohamad Zawahid Shamsuddin berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan 50 peratus berbanding jualan sebanyak dua tan setiap bulan di luar musim tengkujuh.

“Persatuan Nelayan Kawasan Besut sebagai pembekal Q’Fish di Terengganu mempunyai stok bulanan sebanyak 20 tan untuk menampung keperluan pengguna di negeri ini.

“Di Terengganu, jualan harian ikan Q’Fish boleh didapati di dua tempat di Besut iaitu di Pasar Nelayan Seberang Kastam dan Pasar Tani Nyiur 7,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ikan Q’Fish menjadi pilihan pengguna kerana disejuk beku ketika masih segar dan harganya sangat murah berbanding harga di pasaran ketika musim tengkujuh ketika ini.

Antara stok ikan Q’Fish ialah ikan selayang dijual pada harga RM7 untuk sekilogram, cencaru (RM6) dan ikan aya (RM8).

Mengulas lanjut, beliau berkata LKIM Terengganu sedang membuat perancangan untuk memasarkan ikan Q Fish di seluruh negeri melalui rangkaian Persatuan Nelayan Negeri dan Persatuan Nelayan Kawasan.

Q’Fish dilancarkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2016 (MAHA 2016) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor.

Ia bertujuan membantu menstabilkan harga ikan dan memudahkan rakyat mendapatkan stok ikan segar yang disejuk beku dengan harga lebih murah termasuk semasa musim tengkujuh. – BERNAMA

Tags: Q'fish
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

250 Kilogram Q’Fish Terjual Dua Hari Sejak Diperkenalkan

18/06/2017
0

ALOR GAJAH - Sebanyak 250 kilogram (kg) ikan segar beku Q'Fish daripada 500kg yang dibekalkan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) terjual...

Ikan Rakyat LKIM Kini Dikenali Sebagai Q’fish – KP LKIM

06/12/2016
0

SERDANG - Program Ikan Rakyat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), yang menawarkan ikan segar beku berkualiti pada harga berpatutan, dijenamakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd