• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Murah Rambutan Anak Sekolah Di Satok

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan meneruskan aktiviti jualan Rambutan Anak Sekolah di Medan Niaga Satok di sini pada Sabtu dan Ahad ini (6 & 7Jan).

Timbalan Pengarah (Operasi) FAMA Sarawak Abdul Jaafar Lian berkata kira-kira lima tan Rambutan Anak Sekolah atau varieti R191 akan dijual minggu ini.

Katanya rambutan dari Sri Aman itu akan dijual pada harga murah berbanding harga pasaran sekitar RM8 hingga RM9 sekilogram.

“Di samping menjual pada harga lebih murah, kita mahu mendidik pengguna kerana kebiasaannya mereka suka membeli buah yang terlalu merah dan terlalu masak (Index 6).

“Rambutan Anak Sekolah ada enam index, paling sesuai untuk dimakan malahan untuk pasaran eksport adalah pada Index 3 dan Index 4,” katanya kepada Bernama hari ini.

Rambutan Anak Sekolah​​​​​​​ ditanam penduduk tiga rumah panjang iaitu Rumah Helary Nyelam, Rumah Nimong Empelanjau dan Rumah Sepitson di Sri Aman, kira-kira 200 kilometer dari Kuching.

Dibantu FAMA, rambutan Anak Sekolah diusahakan mereka dan mula mengeluarkan hasil sejak 2008 kini mendapat permintaan tinggi untuk pasaran domestik serta eksport. – BERNAMA

Tags: rambutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Praktikal Nelayan Tanam Nanas, Rambutan Di Kawasan Rumah

16/08/2018
0

ALOR SETAR - Agak mengejutkan apabila Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencadangkan agar golongan nelayan mengusahakan tanaman nanas MD2...

Rambutan Buah Berkhasiat Kaya Gula Rendah Kalori

16/06/2018
0

RAMBUTAN bukan sahaja menjadi buah kegemaran sebahagian besar rakyat Malaysia, tetapi juga terkenal dalam kalangan penduduk rantau Asia Tenggara. Malahan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd