• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serbu Pusat Karaoke, Ingat Ada Jin Tapi Rupa-Rupanya…

oleh
04/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MINDA kita hari ini bagaikan sudah dihantui dengan kisah dongeng makhluk halus yang mana jika ada satu perkara pelik sahaja, ia pasti disebabkan makhluk ghaib!

Walaupun ada sesetengah daripada beberapa gambar paranormal yang tersebar itu adalah benar, namun setiap daripada foto pegun tersebut pasti ada penjelasan yang lebih masuk akal.

Baru-baru ini, terdapat sekeping gambar ‘seram’ yang tular ketika pihak polis sedang menjalankan serbuah terhadap sebuah pusat karaoke di Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia.

Penduduk di republik itu telah menyifatkan bahawa terdapat entiti pelik secara tidak sengaja telah ‘menumpang’ ke dalam gambar tersebut bagi memaklumkan tentang kehadirannya di pusat hiburan berkenaan.

Portal Coconuts turut melaporkan bahawa gambar tersebut kini sudah menjadi liputan pihak media yang masih tertanya-tanya tentang kehadiran ‘makhluk’ berkenaan di sebalik susuk tubuh seorang gadis yang berbaju merah.

Dalam masa sama, pihak Detik News secara tidak langsung telah memohon bantuan daripada salah seorang pakar paranormal, Ahmad Hasyim bagi mendapatkan pandangan peribadinya sendiri berkenaan hal yang terjadi itu.

Apa yang mengejutkan ialah apabila Hasyim memaklumkan bahawa entiti tersebut merupakan satu makhluk ghaib yang secara sengaja telah ‘menggunakan’ wajah wanita tersebut bagi memberitahu tentang kehadirannya di sana.

Tambahnya lagi, makhluk ghaib itu mungkin ‘seekor jin’ Islam yang konon telah berjaya menjelmakan dirinya dalam bentuk hantu pontianak!

Logik atau tidak? Secara tidak sengaja seekor hantu pontianak telah ‘tertangkap’ di sebuah pusat hiburan.

Disebabkan kenyatannya itu, ramai orang telah mempercayainya sehingga memaksa pihak polis yang turut menyertai serbuan membuat siasatan lanjut berkenaan hal tersebut.

Namun pihak polis kemudian mengesahkan bahawa ‘wajah hantu’ yang kelihatan itu bukanlah makhluk ghaib seperti dimaksudkan sebaliknya, ianya merupakan salah seorang pembantu di karaoke tersebut!

Menurut ketua polis Probolingi, Alfian Nurrizal, dia telah memaklumkan menerusi laman web rasmi mereka bahawa wanita tersebut telah menutup mukanya dengan menggunakan veil berwarna hitam dengan corak bunga.

Ini mungkin bagi mengelakkan daripada aib apabila wajahnya itu berjaya dirakamkan oleh kamera ketika serbuan pihak polis.

“Ketika gambar diambil, veil yang dipakai telah digunakan untuk menutup muka pekerja itu. Matanya yang bercahaya pula adalah disebabkan oleh flash daripada telefon bimbit,” jelasnya.

Pihak polis turut berharap agar orang awam tidak lagi menyebarkan berita palsu mengenai gambar tersebut kerana ianya akan mengganggu ketenteraman orang lain.

Jadi dari mana datangnya jelmaan jin yang kononnya ‘menumpang’ di wajah gadis tersebut?

Sebab itulah kita perlu berhati-hati dalam menilai sesuatu perkara. Bila dah terjaid salah faham, susah untuk redakan kembali keadaan yang sudah kecoh itu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Jinpusat karaoke
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Maut Pusat Karaoke Terbakar

22/04/2022
0

ALOR SETAR : Tiga pengunjung di sebuah pusat karaoke ditemukan maut dalam kebakaran di premis tersebut di Jalan Putra, Mergong...

Pusat Karaoke Lubuk Remaja Lalok

14/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun antara 19 individu ditahan selepas didapati positif dadah oleh penguat kuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd