• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan 4 Bot Disyaki Terlibat Aktiviti Bom Ikan

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat buah pump bot disyaki digunakan untuk aktiviti pengeboman ikan berdekatan Teluk Karambunai, dekat sini, semalam.

Pengarah APMM Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata bot berkenaan ditahan kira-kira 2.05 petang selepas mendapat maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti bot terbabit pada 1.55 tengah hari.

“Semasa Bot Ronda Maritim Malaysia cuba menghampiri dan memintas, keempat-empat bot terbabit memecut laju dan melarikan diri ke kawasan pesisir pantai berbatu di Teluk Karambunai manakala sebuah bot sampan yang menggunakan enjin sangkut melarikan diri ke arah yang berlainan.

“Kesemua awak-awak terjun ke laut dan berlari ke arah hutan dan berjaya meloloskan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap keempat-empat bot terbabit dan menemui pelbagai jenis ikan dianggarkan seberat 30 kilogram. Keempat-empat bot terbabit dirampas.

Menurutnya APMM memandang serius aktiviti pengeboman ikan kerana perbuatan itu salah di sisi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat dalam aktiviti itu.

“Sehubungan itu, saya meminta komuniti maritim khususnya di daerah ini terus memberi maklumat berkenaan aktiviti pengeboman ikan bagi memastikan perairan kita bebas daripada sebarang aktiviti jenayah khususnya membabitkan pengeboman ikan. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada bilik operasi 24 jam di talian 088-387845 atau MERS 999,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd