• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuntut Cerai Sebab Suami Lebihkan Isteri Daripada Ibu

oleh
04/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Seorang warga Arab Saudi berusia 29 tahun terkejut besar apabila isteri yang amat dicintainya, merujuk kepada pihak mahkamah bagi menuntut perceraian.

Lelaki berkenaan yang sudah ditinggalkan isterinya itu tidak tahu mengapa wanita tersebut mahu menuntut fasakh daripadanya meskipun beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk pasangannya.

Bagaimanapun, si isteri berkenaan tetap bertegas dengan permintaannya itu mahu bercerai malah memberikan alasan yang agak aneh, menurut laporan portal tempatan Saudi Gazette.

Wanita itu mendakwa dia akur suaminya memenuhi segala kemahuannya tetapi tetap bertegas ingin meninggalkan lelaki tersebut kerana pasangannya lebih memilih dirinya (si isteri), berbanding ibunya sendiri.

“Saya tidak boleh mempercayai lelaki yang melakukan segala-galanya untuk isterinya tetapi menolak permintaan kemahuan daripada ibunya sendiri walaupun perkara kecil,” katanya kepada hakim.

Kedua-dua suami dan isteri itu tidak didedahkan nama mereka demi mengelakkan aib kehormatan diketahui umum namun lelaki berkenaan dalam reaksi spontan ternyata benar-benar terkejut.

Beliau memberitahu hakim bahawa dirinya tidak mahu meninggalkan isteri dan beliau sanggup berbuat apa sahaja demi mempertahankan hubungan tetapi isterinya menolak mentah-mentah tawaran itu.

Wanita tersebut akur bahawa suaminya sudah membelanjakan wang yang banyak ke atas dirinya, membawanya melancong ke luar negara dan membelikannya segala-galanya yang beliau inginkan.

Malangnya wanita tersebut dalam penghujahannya dilaporkan mengatakan bahawa beliau tidak sanggup mahu menyambung hayatnya lagi bersama-sama dengan lelaki berkenaan.

“Seseorang lelaki yang tidak berbuat baik dengan ibunya tidak boleh dipercayai. Dia boleh sahaja berpaling daripada saya bila-bila masa saja pada masa depan,” katanya dipetik Saudi Gazette.

Suaminya yang terkejut kemudian bertanya kepada isterinya, “Bukankah saya meninggalkan keluarga saya sendiri demi awak?”

Beliau kemudian menjawab: “Ya, dan ini jugalah sebabnya mengapa saya mahu menuntut cerai daripada awak.”

Wanita itu berkata, segala dikatakan suaminya di mahkamah adalah benar namun beliau tetap mahu meninggalkannya kerana lelaki itu lebih memilih si isteri, berbanding anggota keluarga termasuk ibunya.

Beliau juga memberitahu hakim untuk tidak sanggup menunggu hari di mana suaminya akan meninggalkannya sebagaimana lelaki itu tergamak meninggalkan ibu kandungnya.

Si isteri tersebut turut memulangkan wang hantaran yang diberikan oleh suaminya dan hakim memutuskan untuk mengesahkan tuntutan penceraian wanita berkenaan.

Sumber kehakiman juga memuji wanita itu atas pendirian mulianya dan berkata beliau berada di pihak yang benar kerana menuntut cerai memandangkan suaminya meletakkan dirinya lebih tinggi daripada darjat ibunya.

Beliau juga berkata wanita itu berpendapat seseorang lelaki yang meninggalkan ibunya sendiri demi wanita lain tidak boleh dipercayai sama sekali.

Sumber berkenaan, seperti dipetik Saudi Gazette, mengatakan sebilangan lelaki yakin, mengikut arahan isteri mereka dan melakukan segalanya untuk mereka adalah cara untuk meraih cinta sejati.

“Ini tidak betul. Seorang lelaki mesti meletakkan keluarganya, terutama sekali ibunya, melebihi segalanya,” katanya.

Beliau berkata isterinya tidak suka kerana beliau memenuhi lebih banyak permintaannya berbanding wanita yang melahirkannya, membesarkannya dan mengorbankan seluruh hayatnya demi kebahagiannya. – Agensi

*Video bawah sekadar hiasan…

Tags: Arab Saudi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd