• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denda Ibu Bapa Jika Anak Ponteng Sekolah

oleh Ahmad Albab
04/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Ibu bapa di sebuah daerah di Britain bakal didenda dan didakwa di mahkamah sekiranya anak mereka lewat atau ponteng sekolah lebih 10 kali dalam satu penggal.

Lembaga pendidikan Staffordshire, baru-baru ini, bersetuju mengenakan denda £120 (RM654) kepada ibu bapa sekiranya anak mereka lewat atau tidak hadir ke sekolah.

Ponteng dan lewat hadir ke sekolah menjadi masalah di sekolah di daerah itu malah peraturan sebelum ini yang denda ibu bapa jika anak mereka tidak hadir atau lewat lebih 20 kali dilihat tidak berkesan.

Satu surat yang dihantar kepada ibu bapa oleh Sekolah Kingsmead di Hednesford memberitahu, perubahan itu dipersetujui ketua guru tempatan.

Katanya, peraturan baru itu dikuatkuasakan bagi membantu meningkatkan kedatangan pelajar ke sekolah.

“Kegagalan memaklumkan kepada sekolah mengenai ketidakhadiran yang dirancang atau mengemukakan bukti menyokong ketidakhadiran atau kelewatan mungkin menyebabkan anda didenda,” kata surat itu.

Sementara itu, Ketua Majlis Pendidikan Staffordshire, Paul Senior berkata, peraturan dibuat bagi menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka awal ke sekolah.

Katanya, peraturan itu bermula apabila pelajar kembali ke sekolah selepas cuti Krismas pada 5 Januari ini.

Sejak dua tahun lalu, 184 ibu bapa dan penjaga didakwa di mahkamah kerana anak mereka lewat atau tidak hadir ke sekolah.

Sebanyak £102,080 (RM556,188) denda dikutip dalam tempoh itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ibu-bapa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Perancis Paling Bahaya Ditahan Di Syria

Next Post

Anak Beranak Pecah Amanah RM4.58 Juta

Related Posts

Anak Jadi ‘Burung Hantu’ Sepanjang PKP

04/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Kedua-dua anak Mary seolah-olah jadi seperti 'burung hantu' dalam tempoh lebih 50 hari kebelakangan ini dengan berjaga...

Adilkah Bayar Yuran Penuh Taska Sepanjang PKP?

27/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Taska atau pusat asuhan kanak-kanak yang masih meminta bayaran yuran penuh meskipun ibu bapa tidak dapat menghantar...

Next Post

Anak Beranak Pecah Amanah RM4.58 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd