• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Jari ‘Beku’ Qobin Sudah Beransur Pulih

oleh AK-47
04/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA jari tangan kiri penjelajah negara, Muhammad Mugharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang dikhuatiri mengalami gigitan fros ketika melengkapkan misi di Kutub Selatan kini makin beransur pulih.

Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof dalam catatan akaun Facebooknya berkata, Qobin, 36, kini dalam proses pemulihan namun masih lagi memerlukan pemantauan rapi.

“Menurur Qobin, rasa kebas masih ada namun percaya ia akan beransur-ansur hilang dalam tempoh dua minggu ini.

“Cuma jelas di wajahnya ialah kesan selaran matahari di hidung dan kedua belah pipi. Di bawah dagu pula masih terdapat kesan tanda-tanda awal gigitan fros atau gigitan fros tahap pertama,” katanya.

Qobin melalui KE7B berjaya menamatkan misi penjelajahan ke Titik 90 Darjah Kutub Selatan sejauh 111 kilometer pada 28 Disember lalu, bersama-sama dengan enam penjelajah pelbagai negara serta seorang jurupandu.

Dengan menarik beban seberat 50 kilogram, Qobin mengharungi pelbagai cabaran termasuk cuaca sejuk melampau sehingga negatif 26 darjah Celsius, menyebabkan dua jarinya kebas berpanjangan dan berisiko alami reput fros.

Qobin turut cipta sejarah diiktiraf sebagai Penjelajah Grand Slam, sekali gus rakyat Asia Tenggara kedua dan umat Islam ketiga serta termuda di dunia selain 70 manusia dan penjelajah terawal yang menghabiskan penjelajahan itu.

Beliau kini telah dibawa keluar dari Union Glacier, Antartika pada jam 9 malam waktu tempatan dan pihak KE7B kini sedang mengatur penerbangan Qobin dari Punta Arenas ke Santiago, Chile. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KE7BQobin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AS Puji Kejayaan Qobin Raih Gelaran Grand Slam

21/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Pencapaian penjelajah negara Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, atau lebih dikenali sebagai Qobin yang menjadi Penjelajah Grand Slam pertama...

Qobin, Penjelajah Dari Setinggan Ke Grand Slam

10/01/2018
0

KUALA LUMPUR – Dari setinggan ke 'Grand Slam'. Siapa sangka, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang dahulunya penghuni di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd