• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Di Putrajaya Tidak Asing Murid Bodoh, Pandai

oleh
04/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua sekolah di Putrajaya tidak lagi melaksanakan sistem pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid pada sesi persekolahan 2018, kata Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Roaini Jaafar.

Beliau berkata konsep itu turut mendapat sambutan daripada ibu bapa kerana para pelajar tidak lagi diasingkan untuk pencapaian akademik, sebaliknya digabungkan dalam kelas yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di negara ini selaras dengan pembelajaran abad ke-21 di 14 sekolah kebangsaan dan 26 sekolah menengah.

“Ini membolehkan pelajar cemerlang yang menguasai ilmu membaca, mengira dan menulis bekerjasama dan membimbing pelajar kurang cemerlang supaya dapat membantu satu sama lain. Kita tidak lagi mengasingkan kerana kita tidak mahu mementingkan pencapaian akademik semata-mata.

“Pendidikan mempunyai banyak aspek antaranya kerjasama, komunikasi, kolaborasi dan kreativiti yang perlu didedahkan kepada anak-anak dan mahu mereka menolong antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan sesi persekolahan hari pertama di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1) di sini hari ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin baru-baru ini berkata amalan pengasingan kelas mengikut tahap pe nguasaan akademik murid dan sekolah kawalan dihentikan, manakala kaedah pengasingan rasmi seperti Ujian Kemasukan Tahun Satu juga perlu dimansuhkan sepenuhnya bermula 2019.

Beliau dilaporkan berkata amalan berkenaan bukan dasar pendidikan namun dilakukan pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian akademik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS).

Mengulas lanjut, Roaini berkata pelajar tingkatan empat dan lima diasingkan mengikut pemilihan aliran dan mata pelajaran serta pengasingan tersebut dibuat bukan berdasarkan akademik tetapi kecenderungan pelajar.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Putrajaya Presint 11 (1), Mohd Shahizan Abdullah berkata pihaknya menyambut baik cadangan yang dibuat di sekolah itu dan ibu bapa turut bersetuju serta memahami langkah positif dalam meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

“Saya berharap amalan berkenaan berjaya dan berkesan yang mana murid cemerlang dapat membantu pelajar lemah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kementerian PendidikanPutrajaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu  Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-50 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini...

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd