• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Terima Notis Kekosongan Dun Lepar

oleh Ahmad Albab
02/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar ekoran kematian penyandangnya Datuk Mohd Shohaimi Jusoh, Ahad lalu.

Pengarah SPR Pahang Datuk Zamree Hamli berkata beliau menerima surat daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad di pejabat speaker pada pukul 11.40 pagi tadi.

Beliau berkata Perkara 26(5) Bahagian II Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang menyatakan kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN tidak lagi boleh diisi dalam tempoh dua tahun dewan negeri akan bubar, melainkan speaker memberitahu secara bertulis kepada SPR akan keperluan pengisian kekosongan itu.

“Berdasarkan surat yang diterima, speaker tidak memaklumkan ada keperluan untuk mengisi kekosongan itu,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mohd Shohaimi, 55, meninggal dunia di rumahnya di Sungai Isap Damai di sini, pada kira-kira 4.15 pagi Ahad lalu, selepas demam selama seminggu.

Pada pilihan raya umum ke-13, Mohd Shohaimi yang mewakili Barisan Nasional menang besar selepas memperoleh 8,022 undi mengalahkan Jefri Tukemin daripada PKR yang mendapat 4,306 undi dan calon Bebas Kamarzaman Yunus yang hanya mendapat 65 undi. – BERNAMA

Tags: adunSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin BN Johor Persoal Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

Pemimpin BN Johor Persoal Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) Johor tampil mempersoalkan siapakah pihak yang mengarahkan Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri...

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd