• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi SAR 2 Remaja Lemas Di Rembau Diteruskan

oleh Ahmad Albab
02/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Operasi mencari dua lagi remaja yang dilaporkan lemas selepas keluar menjala petang semalam di Sungai Pedas, Kampung Merbau 9, Pedas, dekat sini, diteruskan pagi ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri Norazam Khamis berkata operasi yang memasuki hari kedua pencarian itu bermula pada 8.30 pagi ini dan disertai 20 anggota bomba, 10 anggota polis dan 10 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Radius pencarian pagi ini diperluaskan sehingga satu kilometer dari lokasi kejadian. Keadaan air ketika ini tenang dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) akan terus melakukan pencarian di dasar manakala anggota lain melakukan pencarian di permukaan air,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam, mayat seorang daripada tiga remaja yang dilaporkan lemas ditemukan pasukan mencari dan menyelamat, pada 10.15 malam tadi.

Mangsa ialah Muhammad Iqqmal Haziq Muhammad Nozili, 12, manakala dua lagi mangsa, yang merupakan rakan Muhammad Iqqmal Haziq, Muhammad Alias M Sadri dan Muhamad Syafiq Rosli, masing-masing berusia 15 tahun masih belum ditemui. – BERNAMA

Tags: mati lemasremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd