• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Perlis Buka Tender Jual Kereta Terpakai

oleh Ahmad Albab
01/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Perlis menawarkan lapan kenderaan miliknya dalam keadaan ‘seadanya’ untuk ditender termasuk sebuah yang dijual sebagai skrap kepada orang ramai.

Pengarahnya, Wan Nor Wan Mamat berkata kenderaan tersebut ialah dua Isuzu Trooper, dua Honda Accord dan masing-masing sebuah Honda CRV, Honda Stream dan Mitsubishi Pajero manakala yang dijual sebagai skrap ialah Peugeot 405 SRI.

“Harga rizab kenderaan-kenderaan ini ialah RM300 hingga RM6,000. Tender mestilah menggunakan borang sebut harga yang boleh diperoleh percuma di Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia/Kewangan dan Perolehan Ibupejabat Kastam Perlis di Jalan Kampung Pondok di sini.

Setiap tender hendaklah disertakan deposit sebanyak lima peratus daripada harga tawaran kecuali yang dijual skrap dan dibuat menggunakan draf bank atau cek jurubank atas nama Pengarah Kastam Negeri,” kata Wan Nor dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya tawaran itu dibuka pada 26 Disember lepas dan akan ditutup pada 17 Januari ini. Maklumat lanjut boleh dibuat dengan menghubungi talian nombor 04-9761420.

Kenderaan-kenderaan berkenaan boleh dilihat di Kompleks Kastam Negeri di Kangar, Pejabat Cawangan Penguatkuasaan Padang Besar dan Kuala Perlis pada hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2.30 hingga 4 petang, katanya.

Di PAHANG, sebanyak 10 bayi Tahun Baharu 2018 dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan menjadi antara penerima awal ADAM50.

Sijil ADAM50 bernilai RM200 kepada setiap enam bayi lelaki dan empat bayi perempuan itu disampaikan oleh Pengurus Cawangan PNB Kuantan Zamri Musa di HTAA hari ini.

Pasangan Zahratul Ardiah Jamil, 23, dan Muhamad Nizam Radzuan, 22, yang menyambut cahaya mata kedua iaitu bayi perempuan seberat tiga kilogram, berterima kasih kepada kerajaan kerana memperkenalkan insentif itu yang disifatkan sebagai bukti keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap masa depan generasi muda negara. – BERNAMA

Tags: Kastam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd