• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Naikkan Harga Petrol Hingga 126 Peratus

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Arab Saudi yang juga antara negara pengeksport petroleum terbesar dunia hari ini, mengumumkan kenaikan harga runcit petrol tempatan antara 45 hingga 126 peratus.

Agensi berita kerajaan, SPA, melaporkan langkah itu bertujuan menjadikan penggunaan tenaga lebih efisien, sejajar pelan reformasi untuk rangsang sumber pendapatan negara tersebut daripada hanya bergantung kepada minyak.

Susulan pengumuman itu, minyak Ron 91 kini dijual pada harga 1.37 riyal (RM1.48) seliter, berbanding 0.75 riyal (RM0.81) sebelum ini manakala Ron 95 pada 2.04 riyal (RM2.21) seliter, daripada 0.90 riyal (RM0.98) sebelumnya.

Kerajaan negara terbesar rantau Asia Barat itu juga akan memperlahankan rancangan penghapusan subsidi terhadap pelbagai produk tenaga lain berdasarkan pelan fiskal jangka panjang baharu dalam bajet negara 2018.

Baca: Saudi Mula Bayar Tunai Ala BR1M Untuk Rakyat Marhaen

Pada 20 Disember lalu, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud secara rasmi mengumumkan tarikh sasaran pemansuhan defisit bajet kerajaan dilanjutkan kembali sehingga tahun 2023, berbanding sasaran terdahulu iaitu pada 2020.

Ini bagi mengurangkan tekanan terhadap pertumbuhan ekonomi. Negara itu mengumumkan inisiatif reformasi meluas pada 2016 lalu, yang bertujuan meningkatkan tahap dan kualiti perkhidmatan yang disediakan kerajaan.

Ia disusun demi mencapai masa depan lebih kaya dengan pembangunan berdaya tahan termasuk kelonggaran dasar terhadap wanita apabila mula dibenarkan memandu kereta dan memasuki stadium selain pembukaan pawagam.

Ansuran tunai kebajikan ala Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk tiga juta keluarga miskin juga diperkenalkan serta pelaksanaan cukai kepenggunaan ala GST di 190 buah negara sebanyak lima peratus. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiRaja Salman Abdulaziz Al Saud
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Arab Saudi Dilapor Perluas Kilang Peluru Berpandu 200 Kilometer Dari Riyadh

Arab Saudi Dilapor Perluas Kilang Peluru Berpandu 200 Kilometer Dari Riyadh

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Kemudahan baharu dijangka berpotensi menyokong pengeluaran seawal penghujung 2026, namun jenis peluru berpandu dan kerjasama dengan Beijing belum...

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd