• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RR Aliff Syukri Disewa Warga Asing Tanpa Lesen Sah?

oleh
01/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKUR… Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman akan menyelesaikan kes kereta Rolls Royce miliknya yang disita dalam Op Patuh di ibu negara jam 11 malam tadi, selepas balik dari luar negara, esok.

Ketika dihubungi media tempatan hari ini, beliau yang kini berada di Bali, Indonesia atas urusan perniagaan malah sangat terkejut selepas dengar berita berkenaan selain tidak tahu-menahu keretanya disewa oleh dua warga asing.

“Saya tidak tahu kereta saya yang disewakan kepada orang lain dan segala urusan mengenai Lesen Kenderaan Motor (LKM) itu dilakukan oleh pihak pengurusan syarikat,” kata usahawan popular tersebut dipetik Harian Metro.

Menurut Aliff Syukri yang juga Pengarah Urusan D’herbs Holding Sdn. Bhd., beliau mengakui kesilapannya itu dan meminta maaf kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta akan memastikan isu sama tidak berulang.

“Saya akui kecuaian saya ini dan memohon maaf kepada pihak berkuasa. Apabila balik ke Malaysia nanti, saya akan segera menguruskan perkara ini. Sebenarnya saya tidak pun menggunakan kenderaan tersebut.

“Segala urusan perjalanan di Malaysia menggunakan kereta Toyota Vellfire. Saya tidak mahu memperbesarkan hal ini dan akan menyelesaikannya dengan JPJ apabila balik ke Malaysia nanti,” kata Aliff Syukri.

Baca: Kereta Mewah Aliff Syukri Antara 20 Disita JPJ

Lewat malam Ahad, kereta mewah milik beliau dianggarkan berharga lebih RM1 juta itu disewa oleh dua warga asing disita selepas pemeriksaan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai lesen memandu sah di negara ini.

Bahkan, seorang daripada mereka yang turut berada dalam Rolls Royce berwarna gelap tersebut selepas disiasat dengan lebih lanjut oleh pihak berkuasa pun tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah.

Pemeriksaan susulan dijalankan JPJ turut mendapati kenderaan import itu mempamerkan nombor plat tidak ikut spesifikasi dan menggunakan LKM Sarawak yang lebih murah kadarnya sedangkan ia digunakan di Semenanjung.

“Saya meminta netizen agar tidak kecam saya seolah-olah melakukan kesalahan besar seperti seorang penjenayah yang rompak dan rogol. Apabila saya buat baik orang tak pandang.

“Tetapi apabila timbul masalah seperti ini, netizen cepat sahaja menuduh saya dengan macam-macam. Malu saya dibuatnya,” kata Aliff Syukri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Datuk Seri Aliff SyukriRolls-Royce
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

GINTELL DeSpace Royale Blue, The Best In Luxurious And Healthy Lifestyle

02/11/2018
0

HOW would you like to rest, relax and recuperate in luxury, while experiencing the best in healthy lifestyle? If your...

Rolls-Royce Perkenal Black Badge Di Pasaran Malaysia

26/10/2018
0

ISKANDAR PUTERI - Pengeluar eksklusif kereta mewah Rolls-Royce, iaitu Rolls-Royce Motors Cars Limited melancarkan model terbaru, Black Badge di pasaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd