• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Bayi Lahir Di Hospital Tawau Terima ADAM50

oleh Ahmad Albab
01/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – “Kelahiran bayi pertama ini merupakan permulaan terbaik 2018 serta terima kasih kerajaan atas pemberian insentif rakyat ini,” kata seorang bapa yang gembira dengan pemberian insentif Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) oleh kerajaan kepada bayi perempuannya itu.

Dieh Siong Teck , 27, menyifatkan ia sebagai berita gembira berganda iaitu kelahiran anak sulung seberat 3.2 kg menerusi pembedahan pada kira-kira 7.30 pagi ini ditambah pula kejutan pemberian ADAM50.

“Kami akan memanfaatkan insentif ADAM50 itu dengan meneruskan tabungan di ASNB untuk masa depan anak,” katanya ketika ditemui Bernama di hospital itu, hari ini.

ADAM50 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018 bagi menjamin masa depan generasi Transformasi 2050 (TN50) yang lebih cerah dan memupuk budaya menyimpan disampaikan kepada keluarga tiga bayi yang lahir di hospital itu bersempena Tahun Baharu 2018 oleh Pengurus Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Tawau Marwati Nordin.

ADAM50 melibatkan dua tabung iaitu Amanah Saham (ASB) bagi bayi Bumiputera dan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera.

Marwati berkata, insentif daripada kerajaan itu diharap dapat menjadi permulaan tabungan untuk bayi yang baru lahir bagi tujuan pendidikan mereka kelak.

​​​​​​​Katanya menerusi ADAM50, kesemua bayi warganegara Malaysia yang lahir bermula 1 Jan 2018 sehingga 31 Dis 2022 akan menerima unit insentif percuma sebanyak 200 unit yang akan dikreditkan secara automatik selepas proses pendaftaran dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga ke dalam tabung unit amanah kendalian Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Norhasimah Abd Suhun, 35, yang melahirkan bayi perempuan seberat 3.7 kg pada kira-kira 4.50 pagi tadi turut bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian ADAM50 kepada anak ketujuhnya itu.

“Ini rezeki anak perempuan saya, dan pemberian ini akan dimanfaatkan untuk pendidikannya di masa hadapan,” menurut penjawat awam itu yang melahirkan anaknya itu secara normal.

Sementara itu, Pengarah Hospital Tawau Dr Norlimah Arsat berkata empat bayi Tahun Baharu 2018 dilahirkan di hospital itu sehingga 12 tengah hari ini.

Beliau berkata tiga daripada bayi berkenaan merupakan warganegara Malaysia dan seorang lagi bukan warganegara.

“Bayi pertama, dilahirkan seberat 3.15 kilogram pada pukul 1.51 pagi oleh Rosnah Tampion secara pembedahan dan setakat ini tiga bayi dilahirkan secara pembedahan manakala seorang lagi lahir secara normal,” katanya. – BERNAMA

Tags: ADAM50
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Inisiatif ADAM50 Akan Dihentikan Pada Akhir Tahun

21/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang diperkenalkan pada Januari oleh kerajaan Barisan Nasional akan dihentikan menjelang...

Kurang Sambutan, Program ADAM50 Ditamatkan – PNB

21/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjelaskan bahawa Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan ditamatkan pada 31 Disember...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd