• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Remaja Guna Plat ‘Happy New Year 2018’

oleh
01/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan dalam Ops Trafik di sini, selepas didapati melakukan kesalahan menggunakan nombor plat ‘Happy New Year 2018’ pada motosikalnya.

Remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Mugesh itu memberikan alasan dia menukar nombor platnya hanya sekadar suka-suka, disebabkan mahu menyambut ambang tahun baharu bersama dengan rakan-rakannya.

“Saya buat nombor plat ini dengan harga RM17 dan saja suka-suka sebab hendak sambut tahun baharu 2018 dengan kawan-kawan, bukan pun ada niat yang lain.

“Ini kali pertama saya ditahan, saya dah serik untuk ulangi kesalahan sama,” katanya ketika ditemui selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Jalan Chamberlain, di sini, awal pagi Isnin.

Operasi bermula jam 10 malam dan berakhir jam 5 pagi dilakukan pasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di dua tempat berasingan, iaitu di Falim dan Jalan Kledang Utara.

Dalam operasi itu, seorang inspektor polis berusia 28 tahun cedera di bahagian muka, dua tapak tangan dan kaki kiri selepas dirempuh sekumpulan mat rempit, ketika operasi di Jalan Kledang Utara berhampiran sebuah stesen minyak.

Sementara itu, Ketua JSPT negeri, Superintendan Wan Jamil Wan Chik, berkata operasi membabitkan 11 pegawai dan 60 anggota JSPT negeri selain, seorang pegawai dan 15 anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri.

Kata beliau lagi, dalam operasi tersebut pihaknya berjaya menahan 30 penunggang motosikal, manakala 23 motosikal disita atas pelbagai kesalahan trafik.

“Daripada jumlah penunggang yang ditahan, sebanyak 117 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Dua daripada penunggang ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Ini kerana memandu secara melulu, manakala tiga motosikal ditahan mengikut Seksyen 108 APJ 1987 kerana guna nombor pendaftaran palsu,” katanya pada sidang media di IPD Ipoh, di sini hari ini.

Dalam operasi itu, Wan Jamil berkata, pihaknya turut mengesan tiga lelaki yang didapati positif dadah jenis ganja dan ditahan untuk siasatan lanjut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: platTahun Baru
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Terus Ukir Nama, Kontroversi Buat Kamal Lebih Matang

09/01/2018
0

TAHUN 2017 lalu benar-benar telah meninggalkan kesan yang mendalam serta pengajaran besar buat pelakon dan pengacara terkenal, Kamal Adli. Baca: Kamal...

New Year Pool Party ‘Melampau’ Di Taman Tema

04/01/2018
0

SUDAH menjadi kebiasaan setiap tahun pasti acara sambutan tahun baru akan menjadi pilihan anak muda-mudi bagi meraikan kedatangan kalendar baharu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd