• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Halangan Mahathir Bertanding Di Putrajaya

oleh Ahmad Albab
31/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sesiapa sahaja boleh bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya, berkata Malaysia adalah negara demokrasi, justeru siapa sahaja boleh bertanding di mana-mana kawasan pada PRU ke-14 nanti termasuk mereka yang tidak mewakili parti politik.

“Ramai juga orang yang bertanding sebagai calon Bebas, jadi tiada masalah,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program Jom Kembali ke Sekolah dan Jom Potong Rambut di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1) di sini, hari ini.

Program anjuran pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Putrajaya dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu menyediakan perkhidmatan gunting rambut secara percuma kepada kira-kira 400 pelajar.

Semalam, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan kemungkinan beliau akan bertanding sama ada di kerusi Parlimen Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya pada PRU14 nanti.

Mengulas mengenai ucapan Dr. Mahathir pada mesyuarat agung parti itu semalam bahawa rakyat akan bebas bersuara jika Pakatan Harapan menang pada PRU14, Tengku Adnan berkata pembangkang gemar bermain dengan sentimen tersebut walaupun kebebasan bersuara telah wujud di negara ini.

“Dia sendiri pun bersuara setiap hari. Kita tahu pembangkang menggunakan sentimen ini untuk meracuni pemikiran rakyat,” katanya.

Menurutnya PPBM juga harus membuktikan bahawa perjuangan yang dibawanya benar-benar untuk membela nasib rakyat dan bukan ditubuhkan atas dasar tidak puas hati seperti parti-parti serpihan lain.

“Saya yakin rakyat akan sedar bahawa mereka ini seperti parti-parti serpihan yang ditubuhkan oleh kerana sakit hati, ego, dendam dan barangkali untuk mencapai matlamat yang tidak kesampaian,” kata Tengku Adnan. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd