• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nora Danish Rahsia Jantina Anak Daripada Peminat

oleh
30/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DIJANGKA bakal bersalin pada 9 Mac depan, pelakon jelita, Nora Danish memilih untuk merahsiakan jantina anak dalam kandungannya.

Menurut pelakon itu, keputusan berkenaan telah dibuat awal lagi dengan persetujuan bersama suami, Mohamad Nedim Nazri.

“Saya cuma rahsiakan jantina ini kepada umum sahaja. Saya, ahli keluarga dan rakan-rakan kebanyakannya sudah tahu.

“Biarlah jantina bayi ini jadi kejutan buat peminat ketika saya bersalin nanti,” katanya memetik sebuah portal online.

Dalam pada itu, Nora yang kini sedang sarat mengandung tujuh bulan mengakui teruja untuk menyambut kehadiran cahaya mata kedua itu selepas hampir sembilan tahun tidak mengandung.

Katanya, kandungan kali ini didapati agak jauh berbeza dengan sebelum ini disebabkan oleh faktor umur.

“Sekarang saya mengandung pada usia 30-an jadi beri kesan pada badan. Baru-baru ini saya sakit tulang pinggul sehingga sukar untuk berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

“Alhamdulillah, sekarang dah baik. Saya tidak ada alahan dan makan pun sentiasa berselera. Itu yang berat sekarang naik hingga 15 kilogram,” katanya.

Nora dan Nedim telah selamat diijabkabul kira-kira jam 8.37 malam pada 30 Mac lalu dengan dua kali lafaz.

Majlis tertutup yang berlangsung di Glasshouse At Seputeh itu meriah di hadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: NedimNEDIM NAZRINora Danish
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Puji Nora Danish Masih Cantik Berimej Botak

30/09/2018
0

PELAKON Nora Danish mengejutkan peminat apabila dia memuat naik gambarnya dengan imej berkepala botak di Instagram pada Ahad. Bagaimanapun, menerusi...

Tak Tahan Anak Kena Kutuk, Nora Tampil ‘Sound’ Netizen

05/06/2018
0

BUKAN mudah bergelar selebriti kerana apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian netizen termasuklah pelakon, Nora Danish yang sering menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd