• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Pondok Perlu Periksa Pendawaian Elektrik

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Sistem pendawaian elektrik di lebih 30 pusat pengajian pondok di Kelantan perlu diperiksa bagi mengelakkan berlaku kebakaran, kata Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan Datuk Ir Md Yuslan Md Yusof.

Beliau berkata sebahagian besar pondok yang ada sekarang ini masih lagi menggunakan sistem pendawaian lama yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan.

“TNB akan bekerjasama dengan pihak pengurusan pusat pengajian pondok termasuk pemimpin masyarakat dan pihak berkuasa tempatan bagi menjalankan kerja-kerja pendawaian semula itu,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian kelengkapan sekolah melalui program “Back To School” di Sekolah Kebangsaan Kelaweh di sini, hari ini.

Md Yuslan mengulas insiden 14 pondok di Madrasah Muhammadiah, Beta Hilir, Kota Bharu yang musnah dalam kebakaran pada Khamis lepas.

Mengulas lanjut, beliau berkata mereka perlu melantik kontraktor yang bertauliah bagi membuat pemeriksaan pendawaian berkenaan.

Setakat ini, TNB telah menjalankan pendawaian semula membabitkan lebih 100 buah rumah golongan asnaf termasuk institusi pengajian pondok dengan perbelanjaan antara RM1,000 dan RM3,000 setiap rumah.

Pada majlis hari ini, seramai 210 murid di sekolah berkenaan menerima bantuan itu yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Pembangnan Pertanian Parlimen Machang, Wan Mohd Adnan Wan Abdul Aziz.

Sementara itu, seorang penerima Siti Ramlah Thalib, 56, berkata sumbangan kelengkapan sekolah oleh TNB kepada dua orang cucunya sangat bermakna bagi keluarganya yang berpendapatan rendah.

“Sumbangan itu tepat pada masanya kerana sekarang ini saya tidak boleh menoreh getah kerana musim hujan manakala suami saya pula Ismail Ibrahim, 60, tidak boleh bekerja kerana menghidap penyakit kencing manis,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

17/10/2026
0

Oleh Mynewshub PETALING JAYA – UMNO digesa menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui surat yang didakwa diutus Menteri Besar Negeri...

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

17/10/2026
0

OLEH MYNEWSHUB   PETALING JAYA: Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd