• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vida Serius Mahu Belajar Vokal Dengan Hazami

oleh
30/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK bergelar seorang penyanyi, usahawan terkenal Datuk Seri Vida nampaknya semakin serius dalam dunia seni apabila dia sudah bersedia untuk mengikuti kelas vokal bersama dengan Hazami.

“Saya tak main-main bila cakap saya mahu belajar vokal dengan Hazami.

“Saya tahu ramai di luar sana anggap saya tak serius selepas mengumumkan tentang perkara tersebut awal bulan lalu,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Vida dikatakan bakal keluar dengan single kedua terbaharu selepas kejayaan lagu I Am Me, tidak lama lagi.

“Saya memang mahu menyanyi, jadi tak salah saya berguru untuk ‘polish’ lagi vokal saya sekarang,” ujarnya lagi yang semakin seronok bernyanyi.

Untuk single kedua ini, Vida memilih untuk tampil dengan lagu bergenre balada dan bernada tinggi.

“Kalau single pertama saya, I Am Me mereka kata suara saya ke lautlah, jahanamlah…salahkah saya nak ‘improve?’

“Jadi saya ingin pastikan vokal saya dalam single kedua nanti lebih baik dan ada perubahan,” tambahnya lagi dengan penuh keterujaan.

Selain Vida, Hazami turut sudah bersedia untuk masuk ke dalam studio dalam masa terdekat ini bagi menjayakan kelas vokal mereka.

“Hari tu dia sibuk dengan GV4, sekarang ni tinggal nak susun waktu masing-masing sahaja.

“Insha-Allah, sedikit masa lagi kami akan masuk ke studio dan mulakan rakaman,” tambahnya lagi.

Dengan buah tangan keduanya itu, Vida berharap agar ianya dapat pergi jauh seperti lagu pertamanya yang bagaikan menjadi fenomena di negara kita.

Walaupun dalam keadaan yang sangat teruja, Vida tetap mengambil keputusan untuk merahsiakan lagi nama komposer yang bakal bekerjasama dengannya kali ini.

Apa-apa pun, selalunya segala yang dilakukan DSV pasti mempunyai hasil yang ‘meletup’kan? Tak sabar rasanya menanti apakah buah tangan terbarunya yang sudah entu bakal memcetuskan fenomena baru! – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: DSVHazamiI Am Mekelas vokal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DSV Diberi Tempoh Seminggu Penuhi Tuntutan Aishah

05/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) diberi tempoh tujuh hari, bermula hari ini oleh Juara Gegar Vaganza...

Hazami Risau Duet Dengan Aishah

02/07/2018
0

TIDAK hanya menghasilkan lagu terbaru Aishah, Malar, kerjasama antara Hazami dengan juara Gegar Vaganza musim keempat itu berlanjutan apabila mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd