• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Gesa Pihak Bertanggungjawab Siasat Eric Paulsen

oleh Ahmad Albab
12/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pihak berkuasa menyiasat Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen, ekoran kenyataannya yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman ekstremis di negara ini.

Muhyiddin ketika diminta mengulas catatan Twitter Paulsen berkaitan perkara itu berkata perbuatan Paulsen itu perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya mesti diambil.

“Islam bukan ektremis, sejak bila pula orang kita (rakyat Malaysia) bertindak luar biasa. Islam adalah agama yang paling sederhana,” katanya dalam sidang media selepas melakukan tinjauan hari pertama sesi persekolahan 2015 di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya dan Sekolah Menengah Cyberjaya di sini hari ini.

Muhyiddin berkata dakwaan kononnya khutbah Jumaat diseleweng tidak harus timbul kerana khutbah ialah rukun solat yang menyentuh perkara bukan sahaja berkisar tentang konteks kehidupan Islam malah merangkumi isu kemasyarakatan dan kemanusiaan.

“Paulsen mungkin tidak tahu langsung tentang ini atau dia tidak mendalami soal Islam,” katanya.

Paulsen mengeluarkan kenyataan menuduh Jakim menyebarkan fahaman ekstremis pada setiap Jumaat menerusi akaun Twitternya pada 9 Jan lepas. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=elG3ZGJzZLw

Tags: hina islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan beliau dihubungi oleh peguam kepada penuntut sebuah universiti...

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

02/03/2026
0

Lelaki pihak Al Quran didakwa seorang mualaf.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd