• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Derita Kanser Sejak Januari, Akhirnya Adik Ariff Pergi…

oleh
30/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH melawan penyakit barah tisu sejak Januari awal tahun ini, malam tadi adik Mohammad Ariffuddin Mohd Nor Hafis, 9, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Arif dilaporkan telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira pukul 11:40 malam tadi di kediaman datuknya, dekat Jalan Seri Kenangan, Meru, Klang.

“Selepas Maghrib, Arif menunjukkan perubahan. Saya memanggil ahli keluarga lain untuk berkumpul dan membaca surah Yasin.

“Waktu itu dia minta saya duduk di sebelahnya dan memeluknya,” kata bapanya, Mohd Nor Hafis Abd Aziz, 33.

Tambahnya lagi, ketika itu Arif sedang dalam keadaan yang tenat dan tidak mampu untuk bercakap seperti sebelum ini.

Dia juga telah meminta anaknya untuk berehat kerana keadaannya yang benar-benar lemah ketika itu.

“Namun ketika bapa saya cuba mengejut Arif dari tidur dia tidak memberi sebarang reaksi. Kami tahu, Arif sudah pergi dan saya reda,” katanya dipetik daripada Harian Metro.

Allahyarham telah dikebumikan kira-kira jam 10 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Cempaka Meru, Klang.

Hafis turut mengucapkan jutaan terima kasih serta menghargai setiap pertolongan juga doa daripaada orang ramai dan para penderma yang telah banyak membantu anaknya ketika hayat.

“Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin menghulurkan sumbangan. Hanya Allah SWT saja dapat membalas jasa semua,” ujarnya lagi.

Kisah penderitaan Arif telah mendapat perhatian umum sejak penyakitnya itu dilaporkan pada Julai lalu.

Ketika hayatnya, Arif merupakan seorang kanak-kanak yang sangat ceria serta ketika dia sakit, dia turut memberitahu bahawa dia sudah tidak sabar untuk kesekolah untuk bertemu dengan guru dan rakan-rakannya.

Arif juga dikatakan berisiko buta seumur hidup akibat sel barah yang telah merebak ke bahagian otaknya serta menjejaskan organ dalaman yang lain.

Akibat penyakit itu, mata kirinya telah terjojol keluar serta mata kanannya hampir buta.

Namun kini Arif sudah pergi menghadap Illahi dan semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: adik Arifbarah tisumeninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd