• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penumpang Uber Parah Bertembung Pacuan 4X4

oleh Ahmad Albab
29/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang penumpang wanita yang menggunakan perkhidmatan Uber parah selepas Perodua Myvi dinaikinya bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger di Jalan Semabok, kelmarin.

Menurut sumber, kemalangan pada jam 2.28 pagi itu menyebabkan mangsa Sariah Jasmin, 31, parah di kepala serta muka dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Difahamkan ketika kejadian Perodua Myvi terbabit dipandu lelaki berusia 32 tahun dari arah Melaka Raya menghala ke Semabok, dipercayai untuk menghantar mangsa pulang ke rumahnya.

“Ketika sampai di lokasi, Ford Ranger dipandu lelaki berusia 44 tahun datang dari arah bertentangan tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bersebelahan dan bertembung dengan Perodua Myvi dinaiki mangsa. Kemalangan turut menyebabkan Perodua Myvi itu terbalik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan kedua-dua kenderaan itu.

“Ketika kejadian, mangsa berada di tempat duduk penumpang belakang dan setakat ini dia belum sedarkan diri serta masih ditempatkan di wad ICU. Pegawai perubatan sedang memantau perkembangannya.

“Manakala pemandu Perodua Myvi berkenaan pula mengalami luka di muka dan dia dirawat di Zon Kuning Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka. Pemandu Ford Ranger pula tidak cedera,” katanya.

Afzanizar berkata, pihaknya kini sedang berusaha mengesan waris wanita itu dan meminta mana-mana pihak mengenali waris atau rakan mangsa supaya tampil segera ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Menurutnya, saksi kejadian juga diminta tampil atau berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Rezuan Mohd Sukemi bagi membantu siasatan. – myMetro Online

Tags: penumpangUber
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Serbu Kuarters Pekerja Warga Asing Awal Pagi

Penumpang Lahirkan Bayi Di Balai Menunggu KLIA

01/01/2024
0

SHAH ALAM - Kakitangan dan orang ramai di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berhadapan situasi luar biasa...

Pemandu Bas Bahayakan Penumpang Tidak Lagi Dibenar Memandu

Pemandu Bas Bahayakan Penumpang Tidak Lagi Dibenar Memandu

20/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Pemandu bas yang ingkar peraturan jalan raya sehingga membahayakan keselamatan penumpang akan diambil tindakan tegas termasuk tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd