• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Akan Anjur Kursus Kesedaran ‘Pondan’

oleh AK-47
30/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan mengadakan kursus kesedaran kepada golongan ‘mak nyah’ atau pondan di seluruh negeri ini setelah jumlah sebenar mereka yang terjerumus ke dalam gejala itu diperoleh.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan berkata perangkaan berkenaan dijangka diperoleh setelah bancian secara menyeluruh dilakukan bermula Januari nanti.

“Kita akan jalankan bancian pada minggu ketiga Januari di mana kita tidak akan bersandarkan jumlah 17 orang yang sedia ada di Flat Petani, Kuala Terengganu (ketika ini).

“Kita akan bekerjasama dengan ketua komuniti, seperti Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), agensi-agensi seperti polis, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan lain-lain lagi mengenal pasti golongan mereka ini tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada Majlis Penyerahan Bantuan Jom Ke Sekolah anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden GPMS Terengganu, Tengku Haphiz Datuk Tengku Putera, dan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail.

Sejumlah 150 orang murid sekolah rendah DUN berkenaan menerima bantuan satu set kelengkapan persekolahan bernilai RM200 daripada peruntukan sumbangan Yayasan Taqwa berjumlah RM30,000.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil itu berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai isu golongan pondan yang didapati menjadikan kawasan Flat Petani, di pinggir bandar Kuala Terengganu sebagai sarang maksiat dan pelacuran

Katanya, kursus kesedaran dijangka diadakan selama tiga hari dua malam itu akan memfokuskan bagaimana membantu mereka untuk kembali kepada kehidupan yang sebenar.

“Saya tahu memang agak sukar tapi kita akan mencuba sebaik mungkin. Setelah itu kita akan jalankan kajian untuk melihat kecenderungan dan minat mereka sama ada jahitan, gubahan, memasak atau hiasan.

“Jika mereka berminat, bantuan akan disalurkan MAIDAM jika mereka ini daripada golongan layak dan miskin. Jika yang tidak layak mendapat zakat, kita akan cuba salurkan bantuan dadipada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) untuk membantu mereka ini membina hidup baru,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pondan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Separuh Bogel, Lelaki Pondan Ditahan

30/05/2022
0

SHAH ALAM : Seorang instafamous yang menjadi penganjur majlis hari raya dengan membuat pembakaran bunga api di i-City di sini...

Pejabat Mufti WP Pandang Serius Kenyataan 2 Selebriti

03/03/2021
0

PUTRAJAYA - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan kontroversi dua selebriti membabitkan status gender dan agama. Mufti Wilayah Persekutuan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd