• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenayah Juvana Di Pulau Pinang Meningkat – Polis

oleh Ahmad Albab
12/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jenayah membabitkan juvana di negeri ini meningkat 42 peratus pada tahun lepas, menjadi 493, berbanding 347 kes yang dilapor pada tahun 2013, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Beliau berkata kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan curi motosikal, pecah rumah, curi, merusuh dan ugutan.

“Kami akan bekerjasama dengan pihak sekolah di negeri ini bagi menangani masalah itu. Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pengarah pendidikan negeri (Datuk Osman Hussain) minggu depan.

“Selain kelab cegah jenayah di sekolah, mungkin kita boleh anjurkan pelbagai program dan aktiviti pencegahan jenayah. Kami perlu beri perhatian serius kepada pelajar sekolah kerana mereka adalah pelapis dan pewaris negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Polis Kontinjen Pulau Pinang menerima 13 kereta peronda Proton Preve, 11 skuter dan dua van.

Dalam perkembangan lain, polis menumpaskan satu sindiket dadah apabila menahan lima lelaki dan seorang wanita serta merampas sejumlah dadah bernilai RM500,000 dalam tiga serbuan di Jelutong dan Gelugor di sini serta Sungai Petani, Kedah, Sabtu lepas (10 Jan).

Dalam operasi itu, polis turut membongkar dua makmal memproses dadah iaitu di Sungai Petani, Kedah dan Gelugor di sini serta menyita empat buah kereta bernilai RM157,457 dan merampas sepucuk pistol, 53 butir peluru serta wang tunai RM9,457.

Abdul Rahim berkata dua lelaki berusia 48 dan 50 tahun ditahan di Jelutong pada 1.30 tengah hari dan polis merampas 16 paket plastik mengandungi dadah jenis heroin seberat 6,474 gram daripada mereka.

Beliau berkata susulan itu, polis menyerbu sebuah rumah yang dijadikan makmal memproses dadah di Sungai Petani pada pukul 3.15 petang dan menahan seorang lelaki serta seorang wanita, masing-masing berusia 48 dan 38 tahun.

“Dalam serbuan itu, polis merampas 23.8 kilogram kafein, 295 gram heroin dan pelbagai bahan kimia serta peralatan memproses dadah,” katanya.

Beliau berkata dua lagi lelaki berusia 37 dan 50 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan makmal memproses dadah di Jalan Faraday, Gelugor pada pukul 9.35 malam.

“Dalam serbuan itu, polis merampas 460 gram heroin, heroin base (860 gram), kafein (18.7 kilogram), sepucuk pistol semi auto, 59 butir peluru 9mm dan pelbagai bahan kimia serta peralatan memproses dadah,” katanya sambil memberitahu bahawa kumpulan itu bergerak aktif sejak enam bulan lepas di kawasan utara Semenanjung. – BERNAMA

Tags: JenayahPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd