• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pensyarah Minta Netizan Boikot Produk Safiey Illias

oleh AK-47
29/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA Safiey Illias dahulunya pernah menggemparkan negara apabila tekad menjadi lelaki sejati selepas bebrapa tahun hidup sebagai mak nyah.

Kisahnya itu juga tular dan berjaya mencuri perhatian netizen. Namun, kesungguhannya itu seakan-akan ‘hangat-hangat tahi ayam’ apabila Safiey dilihat kembali menjadi ‘wanita’ semula.

Ekoran isu itu, seorang penulis, pakar motivasi dan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) tampil dengan satu kenyataan menyeru netizen supaya memboikot produk Perlaking dan Perlashine keluaran Safiey Illias  atau nama sebenarnya Saifuddin Illias.

“Saya menyeru kita boikot produk-produk keluaran orang sebegini. Janganlah support. Makin support makin naik minyak geng-geng ini.

“Support dengan cara doa diam-diam supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Jangan beli produk mereka.

“Makin kaya mereka makin terpesong. Jom kita boikot mereka supaya bila miskin, mereka rasa kesusahan hidup dan kembali ingat Allah SWT,” tulisnya di laman Facebook.

Dr. Syahr juga menegaskan kita sebagai manusia tidak boleh mengubah ciptaan Allah dan menyifatkan tindakan pengasas kosmetik itu ibarat perempuan jadian lelaki atau serigala jadian manusia.

Sementara itu, pensyarah ini turut menyelar tindakan seorang lelaki yang dipercayai ‘teman lelaki’ yang secara umum memaparkan sedang ‘bercinta’ dengan Safiey.

“Dah tahu si dia itu lelaki yang berubah jadi perempuan, kenapa engkau yang lelaki ini nak dekat dia pula?” soalnya.

Tambahnya, masyarakat sekarang perlukan penjelasan tentang fitrah manusia yang bernama lelaki dan perempuan supaya generasi akan datang tidak keliru.

“Zaman sekarang kita kena tegaskan bahawa lelaki kena cintakan perempuan dan perempuan kena cintakan lelaki.

“Zaman sekarang kita kena cakap betul-betul lelaki kahwin perempuan dan perempuan kena cintakan lelaki,” tegasnya.

Entri tersebut dilihat mendapat sokongan daripada netizen dan mengharapkan Safiey kembali kepada fitrah dan menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki sejati. – MYNEWSHUB.CC

Tags: safiey illias
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Dah ‘Potong’, Datang Mana ‘Kunyit’ Tu..?” – Safiey

23/01/2018
0

PENGHIJRAHAN 'sementara' pengasas kosmetik Safiey Ilias daripada seorang mak nyah kepada lelaki tulen menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat. Meskipun...

“Jangan Salahkan Sajat Atau Riz Ulala” – Safiey

17/01/2018
0

NAMA Safiey Ilias memang sudah tidak asing lagi di media sosial selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi panas yang melibatkan rahsia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd