• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zawawi Idam Kejayaan Di Peringkat Lebih Tinggi Bersama Sapura

oleh AK-47
27/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas mengukir nama dalam perlumbaan berstatus 2.2 dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Muhammad Zawawi Azman kini mengidam kejayaan di peringkat yang lebih tinggi seperti 2.1 UCI bagi musim 2018.

Pelumba berusia 23 tahun yang lebih menyerlah pada penghujung musim ini selepas kekecewaan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos lalu, mahu memastikan beliau memberikan cabaran dari awal lagi untuk musim 2018 bagi meraih mata kelayakan ke Sukan Komanwel dan Asia 2018 serta Olimpik Tokyo 2020.

“Musim 2018 memang menjadi cabaran besar buat TSC, jadi kena membuat persediaan rapi. Saya menyasarkan kedudukan podium untuk semua jelajah yang saya sertai bagi mengumpul mata kelayakan ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018, serta Sukan Olimpik 2020,” katanya kepada Bernama.

“Selain itu, saya juga perlu menonjolkan prestasi yang baik pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2018 di Myanmar pada Februari, kerana kejohanan itu menawarkan mata kelayakan yang banyak,” katanya yang bakal memulakan cabaran 2018 dengan menyertai Tour de Indonesia bermula 25 hingga 28 Jan.

Pelumba berasal dari Kuala Kurau, Perak itu juga tidak risau dengan kehadiran dua pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) ke TSC, iaitu Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff dan Mohd Adiq Husainie Othman.

“Ia sesuatu yang bagus untuk pasukan dan saya.. Ia dapat meningkatkan persaingan dalam pasukan untuk kekal kompetitif sepanjang masa dan meraih lebih banyak kejayaan. TSC merancang untuk menyertai 25 perlumbaan bagi musim 2018 dan saingan itu sangat penting,” katanya.

Selepas menamatkan acara omnium KL2017 di tempat ketujuh, Muhammad Zawawi bangkit pada penghujung musim untuk meraih gelaran pelumba tempatan terbaik (jersi merah) Jelajah Malaysia 2017, pelumba terbaik (jersi kuning) dan gelaran Raja Bukit serta memenangi peringkat pertama Tour de Selangor. – BERNAMA

Tags: Muhammad Zawawi Azman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd