• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bergaduh Dengan Jiran, Ibu 2 Anak Didenda RM500

oleh AK-47
27/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Gara-gara selisih faham berhubung tempat parkir sehingga tercetusnya pergaduhan sesama jiran, seorang ibu anak dua didenda RM500 atau penjara 10 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana bergaduh di tempat awam.

Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhkan hukuman itu terhadap Arni Shuana Abdullah, 41, seorang peniaga selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Arni Shuana bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa bergaduh di tempat awam yang telah mengganggu ketenteraman awam di lobi sebuah kondominium, di Puchong, dekat sini, pada 8.45 malam, 28 Nov lepas.

Wanita itu didakwa mengikut Sesyen 160 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sebulan atau dengan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai dua orang anak, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy memohon hukuman setimpal kerana punca pergaduhan hanyalah disebabkan tempat parkir kereta.

Mengikut fakta kes, pengadu yang juga seorang ibu tunggal berada di lobi kondominium tersebut sebelum didatangi tiga individu merupakan penduduk di situ dan seorang daripada individu berkenaan secara tiba-tiba memarahi wanita itu dan menuduhnya meletakkan kenderaan di petak pakir bukan miliknya.

Ekoran itu, berlaku pertengkaran mulut dan tertuduh mengeluarkan kata-kata kesat serta menolak dada individu berkenaan. -BERNAMA

Tags: bergaduh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

Bergaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 5 Masih Dikesan, 7 Bebas Dengan Jaminan Polis

Bergaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 5 Masih Dikesan, 7 Bebas Dengan Jaminan Polis

10/08/2025
0

IPOH: Polis kini giat mengesan lima lagi suspek bagi melengkapkan siasatan dalam kejadian merusuh semasa perlawanan bola sepak yang berlangsung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd