• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Dipenjara, Cabul Kehormatan Wanita

oleh AK-47
27/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dengan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencabul kehormatan seorang eksekutif sumber manusia dengan mengacukan pisau ke leher wanita itu semasa kejadian.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Hasan Azahari Abu, 29, selepas tertuduh mengaku bersalah mencabul kehormatan wanita berusia 38 tahun itu dengan cara meraba buah dada dan memaksa mangsa memegang kemaluannya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium di Brickfields, di sini pada 6.45 pagi, 22 Julai lalu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan denda atau sebat atau mana-mana dua dari hukuman itu.

Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh mengambil kira faktor keselamatan awam dan impak negatif terhadap mangsa.

“Fakta kes jelas menunjukkan tertuduh telah menakut-nakutkan mangsa dan menyebabkan mangsa trauma dengan kejadian itu,” katanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dan kelihatan tenang sepanjang prosiding itu merayu hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan sama di masa akan datang.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian tertuduh telah meluru masuk ke dalam rumah mangsa dan memaksa wanita itu masuk ke dalam bilik sambil mengacukan pisau di leher mangsa.

Tertuduh menyuruh mangsa agar diam dan memaksa wanita itu memegang kemaluannya sambil dia meraba buah dada mangsa. – BERNAMA

Tags: dipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd