• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemalangan Maut: JKKP Keluarkan Notis Larangan Projek

oleh Ahmad Albab
27/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengeluarkan notis larangan ke atas projek pembinaan saliran air ribut di Jalan Tun Abang Haji Openg ​​​​​, di sini semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini JKKP berkata notis larangan itu dikeluarkan selepas siasatan yang dijalankan selepas insiden kematian seorang penunggang motosikal di lokasi projek mendapati projek pembinaan tersebut gagal memasang pengadang bagi kerja pengorekan.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bersama Pihak Berkuasa Tempatan yang lain bagi mengenal pasti punca berlakunya kemalangan.

“JKKP akan mengambil tindakan perundangan sekiranya didapati terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) ke atas pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

JKKP turut menggesa agar semua kontraktor projek pembinaan dapat mematuhi dan mempertingkatkan elemen keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) terutamanya aktiviti dan projek pembinaan yang melibatkan orang awam bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

“JKKP berasa amat sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini,” kata kenyataan itu.

Dalam kejadian pagi semalam, Dina Dzulkarnain Asan, 29, maut apabila motosikal yang ditunggangnya terjunam ke dalam lubang projek tersebut.

Mangsa ialah anak kepada Timbalan Presiden Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan bekas editor sukan Harian Kosmo Asan Ahmad Ibin. – BERNAMA

Tags: JKKPkemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd