• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sejuk Melampau, Qobin Hadapi Sedikit Kesukaran

oleh
29/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin dilaporkan telah semakin menghampiri separuh penjelajahan dalam misi berski menuju ke titik 90 darjah Kutub Selatan, semalam.

Baca: Qobin Hampiri Separuh Penjelajahan Di Kutub Selatan

Namun, menurut satu entri dalam akaun Facebook Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mokhles, Qobin dilaporkan menghadapi sedikit kesukaran untuk ekspedisi kali ini ekoran keadaan cuaca sejuk yang melampau.

“Beliau memaklumkan bahawa ekspedisi yang dilaluinya kali ini agak sukar. Malah kerana cuaca sejuk yang melampau iaitu sehingga-26 darjah celsius, telah menyebabkan dua jari tangan kirinya mengalami kebas berpanjangan dan tidak boleh merasa apa-apa,”  tulis beliau menerusi posting berkenaan, hari ini.

Menurut Akmar lagi, beberapa penjelajah lain turut dilaporkan gagal menamatkan ekspedisi berkenaan dan terpaksa diselamatkan kerana mengalami kebas tangan yang berpanjangan.

“Qobin memaklumkan beberapa penjelajah dari kumpulan lain terpaksa diselamatkan dan gagal menamatkan penjelajahan berski mereka di Kutub Selatan kerana mengalami kebas tangan yang berpanjangan dan dibimbangi mengalami gigitan fros.

“Dalam perbualan singkat tersebut, saya minta Qobin terus untuk bertahan dan melakukan rawatan segera ke atas tangan bagi mengelakkan berlakunya gigitan fros,” ujarnya.

Sehubungan itu, Akmar menyeru orang ramai untuk bersama-sama berdoa agar keadaan jari Qobin kembali pulih sekaligus membolehkan beliau meneruskan penjelajahan yang dijangka boleh tamat dalam tempoh dua setengah hari sahaja lagi. – MYNEWSHUB.CC/AM

Sumber: Facebook Akmar Hisham Mokhles

Tags: Akmar Hisham MokhlesDatuk Akmar Hisham MokhlesQobin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muslim: Lihat Tali Perut Manusia Dijadikan Tali

12/04/2018
0

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles KETUA Staf Am Markas Medan Tentera Darat ini masih ingat segala pengalaman getir yang terpaksa dilaluinya...

Muslim: Dua Kali Diserang Hendap Vietcong

11/04/2018
0

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles TAWARAN untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke Vietnam selama sebulan pada Ogos 1970 ibarat `pucuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd