• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Didakwa Rogol Anak

oleh Ahmad Albab
27/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari atas pertuduhan merogol anak perempuannya yang berumur 15 tahun.

Lelaki berusia 50 tahun itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah mereka di Air Itam di sini antara 9.45 malam, 20 Dis hingga 12.30 malam 21 Dis lepas.

Tertuduh yang bekerja sebagai peniaga didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun atau boleh dikenakan sehingga 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan mangsa ialah remaja bawah umur dan merupakan kes sumbang mahram.

Hakim Irwan Suainbon tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Jan depan untuk pengurusan kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam dan serahan laporan perubatan mangsa.

Sabtu lepas, polis mengesahkan seorang peniaga ditahan atas dakwaan merogol anak perempuannya berusia 15 tahun di rumah mereka sehingga hamil. – BERNAMA

Tags: Bapakes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd