TAHNIAH diucapkan buat pelakon, Ozlynn dan suaminya, Johan kerana bakal menimang cahaya mata yang ke-lima tidak lama lagi selepas disahkan hamil.
Difahamkan kandungan Ozlynn kini sudah mencecah lima bulan dan perkhabaran gembira itu disedari ketika menyertai pertandingan Super Spontan Superstar (SSS) 2017, baru-baru ini.
Menurut pemilik nama sebenar Rozlinawaty Ismail berkata, dia mengaku cukup gembira dan bersyukur dengan kurniaan Ilahi itu.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T. dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini. Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018,” katanya memetik Astro Awani.

Tambahnya lagi, bukan niat ingin sorok tetapi Ozlynn lebih selesa memilih untuk berdiam diri dahulu bagi memastikan kandungannya betul-betul stabil.
“Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi. Namun saya tidak memberi kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil,” tambahnya.
Ozlynn berkata demikian bagi mengulas mengenai video menampakkan ‘baby bump’ serta beberapa insiden Johan tersasul bercakap mengenainya yang tular di laman sosial, sebelum ini.
BACA : Johan, Ozlynn Bakal Timang Cahaya Mata Lagi?
Apapun, sekalung tahniah sekali lagi kami di Mynewshub ucapkan buat pasangan yang sentiasa happy go lucky ini.
Semoga, Ozlynn dan kandungan terus berada di bawah jagaan Allah dan dikurniakan kesihatan yang cukup baik. – MYNEWSHUB.CC/AM