• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana Punggung Monyet, Wanita Alami Kemalangan

oleh AK-47
27/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA bercakap mengenai kemalangan, pasti berlegar-legar di fikiran kesalahan jalan raya yang berbahaya menjadi punca kemalangan tersebut.

Namun, lain pula ceritanya bagi seorang wanita di Guizhou, China, apabila kemalangan berlaku disebabkan seekor monyet!

Seorang pemandu wanita telah memberhentikan keretanya dengan tiba-tiba sehingga menyebabkan kereta di belakangnya tidak sempat menekan brek dan melanggar kenderaan tersebut.

Menurut laporan World Of Buzz, wanita itu sedang memandu di Jalan Wuhan dan menekan brek dengan tiba-tiba apabila terlihat lampu isyarat berwarna merah semasa menghampiri simpang jalan tersebut.

Melihatkan lampu isyarat yang berwarna merah itu, wanita berkenaan menekan brek sekaligus kereta berwarna hitam di belakang melanggar keretanya.

Pemandu kereta hitam berkenaan pelik dan bertindak bertanya tentang apa yang terjadi kepada wanita itu.

“Bukan ke masih ada jarak sebelum sampai lintasan zebra, kenapa brek tiba-tiba?” soalnya.

Jelas wanita itu terkejut dengan pertanyaan tersebut dan terus melihat ke arah ‘lampu merah’.

Wanita itu kemudiannya menyedari ‘lampu merah’ yang dilihatnya bukanlah datang dari lampu isyarat, tapi dari punggung seekor monyet yang bertenggek di atas tiang tersebut.

Disebabkan kemalangan ini, ramai netizen di sana mengambil peluang berkongsikan gambar monyet berkenaan di laman media.

Difahamkan, monyet itu terlepas daripada sarkas dan pihak penganjur sarkas berkenaan berjanji akan menanggung kos kerosakan kereta-kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut. – MYNEWSHUB.CC/SA

*Video sekadar hiasan.

Tags: Chinakemalanganlampu merahmonyet
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd