• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagal Curi Wang Surau, Penjenayah Bakar Buku Agama

oleh Ahmad Albab
26/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sebuah buku agama dibakar dipercayai oleh penjenayah yang berang kerana gagal mencuri wang tabung di Surau Al-Hidayah, Jalan Pertanian, Taman Universiti, Skudai di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Beh Eng Lai berkata kejadian disedari seorang penduduk yang melalui kawasan surau itu pada 2.10 pagi tadi apabila melihat pintu pagar dan pintu jeriji surau terbuka.

“Lelaki berkenaan (pengadu) kemudian mengambil rakannya dan kembali ke surau itu bagi membuat pemeriksaan lalu mendapati seunit kipas mudah alih hilang, naskhah Al-Quran dan Yassin berselerak manakala beberapa rak dan jam besar juga dialihkan dari kedudukan asal.

“Pemeriksaan turut mendapati barangan di dalam stor seperti lampu, vakum, Al-Quran, naskhah Yassin, sejadah dan wayar elektrik turut diselongkar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beh berkata lelaki terbabit dan rakannya turut mendapati beberapa helaian Al-Quran dibakar berhampiran laluan ke bilik air lalu melaporkannya kepada polis.

Beliau berkata siasatan polis di surau itu mendapati tiada kesan umpil pada mana-mana bahagian masuk surau, namun terdapat kesan umpil pada tabung surau selain kerosakan pada rak dan alatan dalam stor akibat diselongkar.

Pemeriksaan di laluan bilik air di luar surau mendapati ada buku agama terbakar, namun, ia bukan Al-Quran kerana terdapat cebisan kertas yang masih tidak terbakar yang mengandungi perkataan rumi disyaki buku agama.

“Pemantauan dijalankan mendapati tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di tempat kejadian ataupun kawasan sekitar. “Tiada saksi yang melihat kejadian itu dan usaha mengesan cap jari juga tidak menemukan sebarang kesan cap jari,” katanya.

Menurutnya usaha mengesan suspek sedang digiatkan.

Beh berkata siasatan awal percaya suspek membakar buku agama itu kerana berang tidak dapat mencuri wang tabung masjid yang disimpan di dalam peti besi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Sementara itu, pengerusi Surau Al-Hidayah Hassan Sabudin yang dihubungi berkata pintu surau berkenaan memang tidak dikunci bagi memudahkan penduduk menunaikan solat kerana ada yang mengunjungi surau berkenaan pada waktu malam.

“Sebelum ini, memang selalu berlaku pecah masuk, biasanya penjenayah hanya masuk untuk ‘pancing’ duit dari tabung,” katanya yang mengesahkan laporan berhubung kejadian dibuat di Balai Polis Taman Universiti, Skudai. – BERNAMA

Tags: curi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

07/09/2023
0

Kuala Terengganu : Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri duit tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd