• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguna Lebih Gemari Kaedah Tempahan

oleh Ahmad Albab
26/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Platform tempahan secara dalam talian, Agoda menyasarkan kaedah tempahan penginapan secara lebih mudah yang lebih digemari pengguna akan menjadi tumpuan utama industri pelancongan pada tahun depan.

Menurutnya, itu akan menyebabkan pengguna mengutamakan syarikat yang dapat memberi pengalaman pengembaraan dengan memanfaatkan keberkesanan teknologi sedia ada.

Perkembangan itu, kata Agoda, jelas bercanggah dengan aliran semasa yang menyaksikan banyak penggiat industri pelancongan dan pengembaraan terus menawarkan produk-produk kompleks dan program kesetiaan.

Ketua Pegawai Produk Agoda, Omri Morgenshtern berkata para pengguna pada masa ini lebih berharap untuk mendapatkan maklumat secara pantas dan tiada masa atau kesabaran untuk melakukan sesuatu yang bagi mereka sepatutnya dilakukan oleh penyedia perkhidmatan terbabit.

“Mereka akan mencari tawaran yang ada nilai tambah dan dapat mempermudahkan lagi kaedah perjalanan mereka – baik daripada aspek pencarian destinasi sesuai sehinggalah perkhidmatan pesanan ke bilik,” katanya dalam satu kenyataan.

Seiring kehadiran 2018 ini, Agoda juga menyasarkan untuk memanfaatkan teknologi yang dapat menjimatkan masa pengguna berbanding tumpuan terhadap usaha mempertingkatkan teknologi sedia ada. – BERNAMA

Tags: Agoda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agoda Tawar Lebih 2 Juta Hartanah Di Seluruh Dunia

11/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyenaraian penginapan Agoda, iaitu platform tempahan perjalanan dalam talian, telah meningkat dua kali ganda tahun lepas dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd