• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Kes Ustaz Pukul Pelajar 6 Februari

oleh Ahmad Albab
26/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 6 dan 7 Feb depan untuk perbicaraan kes seorang ustaz yang menghadapi pertuduhan mencederakan seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun, dengan memukul kedua-dua kakinya dengan rotan.

Majistret Nor Afidah Idris menetapkan tarikh itu selepas kes Muhammad Adib Abd Halim, 23, selaku Orang Kena Saman (OKS) disebut di hadapannya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah menyerahkan laporan perubatan awal mangsa kepada pihak pembelaan pagi ini.

Beliau juga berkata pihak pendakwaan akan memanggil tujuh saksi termasuk pengadu iaitu ibu pelajar itu, doktor dan pegawai penyiasat kes itu pada perbicaraan.

Pada 28 Ogos lepas, Muhammad Adib didakwa mencederakan pelajar darjah lima itu di sebuah sekolah, di Bandar Seri Putra, di sini, pada 16 Ogos lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) hadir untuk memberi sokongan kepada OKS. – BERNAMA

Tags: rotan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suri Rumah Lesap RM181,650 Akibat ‘Phone Scam’

Lelaki Rotan, Dera Anjing Disiasat

25/02/2024
0

JOHOR BAHRU: Polis menyiasat kejadian seorang lelaki merotan anjing peliharaannya seperti yang ditularkan menerusi laman sosial Facebook, dua hari lalu....

Bapa Didenda RM10,000 Rotan Anak Tiri Gara-gara Tidak Faham Matematik

Bapa Didenda RM10,000 Rotan Anak Tiri Gara-gara Tidak Faham Matematik

23/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga nasi lemak didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merotan anak tirinya berusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd