• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

P.Pinang Tunggu Kerajaan Pusat Cadangan Semakan Surcaj Air

oleh Ahmad Albab
26/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) masih menunggu kelulusan kerajaan persekutuan berhubung cadangan surcaj penjimatan air (WCS) bagi penggunaan domestik yang melebihi 35,000 liter sebulan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa berkata pihaknya telah menghantar permohonan semakan semula WCS daripada RM0.48 setiap 1,000 liter kepada RM1 setiap 1,000 kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 28 April lepas dan menghantar semula permohonan itu sebanyak lima kali selepas lapan bulan.

“Sejak itu, SPAN telah meminta PBAPP untuk menghantar semula permohonan sebanyak lima kali. Penghantaran semula bertarikh 20 dan 23 Jun, 8 Sept, 25 Okt dan 20 Nov lepas,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata permohonan itu adalah tertakluk kepada kelulusan kerajaan persekutuan yang bertanggungjawab untuk meluluskan tarif air dan caj perkhidmatan air mengikut Akta SPAN 2006 dan WSIA (Akta Industri Perkhidmatan Air) 2006.

“Tanpa kelulusan kerajaan persekutuan, PBAPP tidak boleh melaksanakan WCS RM1 secara sah,” katanya.

Jaseni berkata dalam cadangan awal yang dihantar dan lima cadangan yang dihantar semula kepada SPAN pihaknya telah menjelaskan cadangan semakan WCS hanya akan menjejaskan 23 peratus pengguna domestik yang menggunakan lebih daripada 35,000 liter air sebulan.

“Pengguna domestik ini mempunyai pilihan untuk mengelakkan WCS dengan hanya menggunakan kurang daripada 35,000 liter air setiap bulan,” jelas beliau.

Beliau berkata dengan mencadangkan WCS yang lebih tinggi, PBAPP berusaha untuk mengurangkan penggunaan air domestik yang merangkumi 59.4 peratus daripada keseluruhan penggunaan air di Pulau Pinang pada 2016.

“PBAPP berharap SPAN dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menyokong usaha pemuliharaan air dan pengurusan permintaan air di Pulau Pinang, dengan mengutamakan kelulusan cadangan WCS RM1,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Sertai Bola Sepak 6 Sebelah Bersama Penyokong, Kakitangan

Tunku Mahkota Ismail Sertai Bola Sepak 6 Sebelah Bersama Penyokong, Kakitangan

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkenan menyertai pertandingan bola sepak...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd