• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Sedia Bantu Bina Rumah Generasi Kedua Felda

oleh Ahmad Albab
25/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kerajaan negeri sedia memberi kerjasama dalam apa jua bentuk bagi menjayakan projek rumah untuk generasi kedua Felda di Rancangan Felda Belara di sini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif berkata sebanyak 79 unit rumah untuk 79 keluarga generasi kedua Felda Belara akan dibangunkan seperti projek di Chalok, Setiu yang telah dilaksanakan Syarikat Perumahan Malaysia Berhad (SPMB).

“Rumah sebuah-sebuah itu akan dibina di atas tanah kepunyaan Felda, manakala pembinaannya akan dilaksanakan oleh SPMB dengan bayaran secara ansuran bulanan,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan Felda Belara di sini hari ini.

Beliau berkata projek itu dijangka akan bermula tahun hadapan dan majlis pecah tanah akan dilaksanakan pada Februari ini serta dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Katanya sudah sampai masanya rumah untuk generasi kedua golongan itu dibina di situ kerana ia sudah lama dirancang, tetapi belum dapat dilaksanakan hingga kini.

Ahmad Razif turut menyarankan kepada Felda agar melaksanakan transformasi berikutan pembangunan Bandar Baharu Kuala Nerus sedang giat dijalankan di sekitar kawasan Felda Belara.

“Kita juga mahu Felda di situ membangun seiring dengan kepesatan pembangunan Bandar Baharu Kuala Nerus kerana apabila ia dilaksanakan, akan menyediakan peluang pekerjaaan kepada anak-anak Felda itu sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberi amaran kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) agar memilih pemaju yang akur serta patuh pada peraturan yang ditetapkan dalam pembangunan sesuatu projek.

Ahmad Razif berkata ketika ini, kerajaan negeri sedang menyiapkan dua projek sistem perparitan iaitu di Bandar Baharu Kuala Nerus dan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi mengelakkan banjir kilat berlaku di kawasan itu, melibatkan peruntukan RM85 juta.

Katanya sistem perparitan yang sedang dibina sepanjang kira-kira 7.5 km dari Baruh Tok Jiring ke Sungai Nerus itu dijangka siap tahun hadapan dan dijangka mampu menyelesaikan masalah perparitan di kawasan terlibat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Wan Jaafar yang menegur kerajaan negeri dan PBT yang meluluskan projek pembangunan tanpa mengikut peraturan sehingga sesetengah kawasan mengalami banjir seperti di Gong Badak. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan BN Terengganu Yang Tunaikan Janji

07/05/2018
0

KUALA NERUS - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dan konsisten menunaikan setiap janji yang dibuat dan bukan sekadar omong...

‘Sea Felda’ Manfaat 2,000 Penduduk Kuala Nerus

06/05/2018
0

KUALA NERUS - Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) atau "Sea Felda", sebuah kawasan pembangunan bersepadu khusus untuk golongan nelayan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd