• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Ditahan Termasuk Pelajar, 25 Saman Dikeluarkan

oleh Ahmad Albab
25/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Seorang pelajar berumur 15 tahun antara lima penunggang yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan/Rempit di Jalan Kamunting-Taiping di sini, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid berkata selain itu, sebanyak 25 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh, nombor plat tidak ikut syarat, tiada cermin sisi dan motosikal diubah suai.

Beliau berkata operasi tiga jam yang bermula kira-kira 3 pagi tadi disertai sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, JSPT Kontinjen Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

“Semasa operasi kita nampak beberapa motosikal ditunggang oleh suspek berlumba sesama sendiri, menundukkan badan dan melakukan aksi zig zag dari lampu isyarat berhampiran pasar raya The Store hingga ke pusingan U berhampiran dengan Masa Katering.

“Suspek telah beberapa kali melakukan pusingan perlumbaan dan aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan sebelum dibawa ke IPD Taiping untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

Tags: Ops Samseng Jalanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Antara 9 Ditahan Dalam Ops Samseng Jalanan

09/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) menahan sembilan individu termasuk seorang wanita dalam Operasi Motosikal...

24 Saman, 6 Motosikal Disita Pada Ops Samseng

01/04/2018
0

KOTA TINGGI - Sebanyak 24 saman dikeluarkan manakala enam motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan 2018 yang dilaksanakan Ibu Pejabat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd