• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aerotrain KLIA Dihentikan Untuk Penyelenggaraan

oleh Ahmad Albab
25/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dihentikan untuk kerja-kerja penyenggaraan luar jadual yang perlu dilaksanakan, kata operatornya Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Menurut paparan laman sosial Facebook rasminya, MAHB berkata susulan itu pihaknya mengaktifkan perkhidmatan bas bagi mengangkut penumpang di antara terminal utama dan bangunan satelit menggunakan 16 buah bas yang disediakan.

“KLIA mengendalikan pergerakan penumpang dalam volum yang tinggi dari 8 pagi hingga 8 malam ini dengan tren terpaksa membawa kira-kira 95,000 penumpang bagi tempoh itu.

“Disebabkan kapasiti yang tinggi ini, tren terpaksa disenggara bagi memastikan kesinambunagn perkhidmatan,” kata MAHB.

Dilaporkan perkhidmatan aerotrain di KLIA tergendala menyebabkan ratusan penumpang terpaksa menaiki bas untuk bergerak di antara bangunan terminal utama dan bangunan satelit.

Beberapa rakaman video dan gambar dihantar kepada media yang menunjukkan pintu masuk ke tren direkat dengan pita yang tertulis ‘Maintenance in Progress’ (kerja penyenggaraan sedang dijalankan).

Menurut MAHB, pasukan kejuruteraan sedang berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan kerja-kerja penyenggaraan itu secepat mungkin dan penumpang akan dimaklumkan sebaik sahaja perkhidmatan tren bersambung semula.

Pada masa sama MAHB menasihati penumpang agar terus ke ruang menunggu bas bagi mendapatkan bantuan staf untuk meneruskan perjalanan mereka.

Ini kali ketiga perkhidmatan tren itu tergendala untuk tahun ini.

Pada September lalu, Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali dilaporkan berkata dua tren yang beroperasi sejak hampir 20 tahun lalu akan dihantar untuk penyenggaraan utama pada akhir tahun ini. – BERNAMA

Tags: MAHB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

MAHB Laksanakan Proses ‘Uji Dan Lepas’ Program VTL Udara Mulai 16 Mac

15/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd