• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Tiga Beradik: Ibu Bapa Pulang Ke Tanah Air

oleh Ahmad Albab
24/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Ibu bapa kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran  Kampung Batu Putih di sini, akan kembali ke tanah air hari ini untuk urusan pengebumian insan tersayang mereka.

Seorang daripada saudara mangsa kemalangan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Basir, berkata berita pemergian tiga beradik itu disampaikan oleh ejen pengurusan umrah yang disertai anggota keluarga mangsa.

“Saya difahamkan berita sedih itu diterima ibu dan bapa mangsa semasa mereka sedang melakukan tawaf umrah. Mereka reda dengan pemergian tiga beradik itu.

“Mereka juga membuat keputusan pulang ke Malaysia untuk melihat anak mereka buat kali terakhir. Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11 pagi esok dan terus bertolak ke Kemaman,” katanya.

Basir berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.

Pada awal pagi tadi, tiga beradik, Wan Nur Athirah Wan Kamaruzzaman, 27, Wan Nur Afifah, 25, dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi, 14, terkorban selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Cherry Easter dinaiki mereka terbabas sebelum terhumban ke dalam parit.

Kemalangan pada 5 pagi itu juga menyebabkan ibu saudara mereka Salmah Ibrahim, 58, dan anaknya Nurul Aliani Zawawi, 25, cedera di muka dan sedang dirawat di HTAA.

Kejadian berlaku semasa mereka dalam perjalanan pulang ke Kemaman, Terengganu selepas menghantar ibu bapa mereka, Wan Kamaruzzaman Wan Mohamad dan Rosnani Ibrahim serta adik mereka Wan Nur Aqilah ke KLIA untuk mengerjakan umrah pada Khamis lalu.

Basir juga memaklumkan bahawa jenazah tiga beradik itu dibawa ke Hospital Kemaman pada malam ini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kapur, Binjai pada esok, selepas ketibaan anggota keluarga mangsa. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd